Tahukah anda, ais bukan sahaja dapat menyejukan minuman anda semata-semata malahan mempunyai khasiatnya tersendiri yang boleh digunapakai untuk kesejahteran hidup.
Salah satunya digunakan sebagai petua untuk kecantikan diri secara semula jadi. Nak jadi cantik dengan menggunakan ais, jom semak artikel ini.
1. Merawat Masalah Jerawat
Jerawat bukan sahaja musuh utama kepada golongan wanita malahan kaum Adam diluar sana.
Kehadirannya tidak disenangi bahkan membuatkan penampilan seseorang jadi kurang berkeyakinan terutamanya apabila berdepan orang ramai.
Malah, ada yang sanggup menusuk dan memecahkan jerawat dengan menggunakan jari bagi mengatasinya dengan lebih cepat. Pastinya meninggalkan kesan buruk yang tidak diingini pada kulit wajah anda.
Tekapkan ais yang dilapis kain di kawasan berjerawat selama 5 hingga 10 minit. Di sini, ais berfungsi untuk mengurangkan bengkak dan kemerah-merahan pada wajah anda.
Sensasi dinginnya mampu mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan serta membantu mengecutkan jerawat yang menjengkelkan anda.
2. Menghaluskan Kulit Wajah
Buat anda yang inginkan kulit wajah halus-mulus, ianya bukan mimpi ngeri lagi.
Cukup sekadar mengoleskan ais ke seluruh permukaan kulit wajah anda.
Kesejukan ais akan membuatkan pori-pori kulit mengecil sehingga menyebabkan kulit wajah anda mula terasa lebih halus dari sebelumnya. Hebat bukan!
3. Mengatasi Masalah Mata Sembap
Tekanan stress dan kurang tidur menjadi salah satu punca kepada masalah mata menjadi sembap seperti mata panda.
Bagi mengatasinya, ambil beberapa ketulan ais dan bungkus ke dalam kain atau tuala kecil. Seterusnya, gosok secara perlahan-lahan dibahagian mata yang sembap dan lakukan secara rutin.
Untuk kesan yang maksimun, bekukan jus timun menjadi ais, lalu dibungkus dan dioles pada kawasan mata panda anda.
Rasa dinginnya memberikan kesan yang menenangkan di bahagian mata apabila anda melakukan rawatan ini.
4. Membuat Solekan Di Wajah Tahan Lebih Lama
Penghasilan minyak secara berlebihan sedikit sebanyak memberi kesan kepada solekan untuk bertahan lebih lama di wajah anda.
Jangan khuwatir, apakata cuci wajah anda dengan ais sebelum menatarias wajah dengan solekan pilihan.
Bukan sahaja membuat solekan bertahan dengan lebih lama, ais juga dapat menghasilkan wajah anda nampak lebih segar dan semakin menawan.
5. Merawat Kulit Terbakar Dari Sinar Matahari
Melakukan outdoor activity seperti mendaki bukit atau jungle trekking sangat menyeronokkan. Namun, aktiviti sebegini kadang kala meninggalkan kesan kulit yang terbakar akibat sinar matahari (sunburn).
Semudah ABC, anda hanya perlu guna ais yang telah dibungkus tuala kecil dan gosok di tempat terkena sunburn. Ais akan memberi rasa nyaman pada kulit yang iritasi dan keradangan.
Ternyata, ais mempunyai banyak manfaat dan kegunaan kepada kecantikan diri. Selain murah dan senang didapati, rawatan menggunakan ais sangat mudah untuk diaplikasikan kepada diri sendiri dan orang lain.
Impaknya, anda tidak perlu membazirkan wang yang banyak untuk mendapatkan kulit wajah yang halus, sihat dan cantik menawan. Apa tunggu lagi, selamat mencuba!
Tags: #Jadi Cantik Guna Ais #kebaikan ais batu untuk wajah #kebaikan ais untuk muka #kelebihan ais untuk muka #khasiat ais untuk kecantikan #Manfaat Ais Untuk Kecantikan #Rahsia Kecantikan Menggunakan Ais #rawatan ais untuk muka