Cara Mudah Atasi Mulut Berbau Di Bulan Ramadan

Elak Mulut Berbau

Apabila Ramadan tiba, pastinya gejala seperti mulut berbau dan bibir kering seringkali menghantui fikiran anda.

Sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan kita semua apabila berdepan dengan orang ramai.

Walaupun kurang menyenangkan di mata masyarakat, namun dipandang mulia oleh Allah SWT.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” – (HR. Muslim).

Jangan khuwatir lagi! Jom semak 5 cara mudah untuk menghindari masalah mulut berbau ini. Read on!

1. Gosok gigi

Apabila selesai sahur dan berbuka puasa, gosok gigi anda dengan ubat gigi pilihan seperti biasa secara teratur. Jangan lupa untuk berus lidah anda bersama-sama. Dengan mengamalkan rutin ini, kita dapat membersihkan mulut dari segala partikel makanan yang melekat dan menyebabkan bau busuk.

2. Guna ubat kumur

Selain berus gigi, ubat kumur atau mouthwash dilihat sebagai satu alternatif untuk kita semua dalam mengatasi masalah ini. Semudah ABC, anda hanya perlu mengumur ubat kumur dalam beberapa minit untuk membersihkan bakteria yang terdapat di mulut. Hadir dengan pelbagai jenama dan perisa, anda boleh mendapatkan ubat kumur dengan mudah di pasaran.

3. Minum air kosong

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan minum air kosong (air putih yang dimasak) ketika berbuka pussa dan sahur. Amalan ini dapat menghindarkan kita dari masalah bau busuk yang disebabkan oleh mulut kering.

4. Jauhi makanan yang beraroma tajam

Anda dinasihatkan untuk menghindari makanan yang beraroma tajam seperti petai, jering dan durian di bulan puasa dimana menimbulkan bau kurang menyenangkan selepas memakannya.

5. Hindari amalan merokok

Tahukah anda, amalan merokok boleh menjejaskan kebersihan mulut anda dan mencipta aroma busuk yang menyengatkan. Hindarilah amalan buruk ini dengan menjalani gaya sihat seperti bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

azlan-150x150 Cara Mudah Atasi Mulut Berbau Di Bulan Ramadan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Atasi Masalah Mulut Berbau Di Bulan Ramadan #elak mulut berbau #mulut berbau #Mulut Berbau Di Bulan Ramadan #Ramadan 2017

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Cara Mudah Atasi Mulut Berbau Di Bulan Ramadan"