Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak

Air Terjun Kubang Gajah Sofea Jane

Siapa sangka di sebalik kepesatan bandar raya Kuala Lumpur, terdapat air terjun yang tersergam indah yang terletak tidak berapa jauh dari pusat bandar. Terletak di kampung Kemensah, laluan masuk ke Air Terjun Sofea Jane ialah melalui jalan belakang Zoo Negara.

Air Terjun Sofea Jane atau nama asalnya Air Terjun Kubang Gajah menjadi destinasi popular bagi penggemar sukan berbasikal, motor scrambler dan ATV. Setiap hujung minggu pastinya lauan denai ke air terjun tersebut tidak sepi dari bunyi deruman enjin ATV.

Dikatakan air terjun itu menjadi popular dengan nama Air Terjun Sofea Jane setelah menjadi lokasi penggambaran sebuah filem lakonan Sofea Jane pada suatu ketika dahulu.

Penulis berkesempatan untuk berbasikal ke Air Terjun Sofea Jane lebih dari 5 kali semenjak tahun 2014. Melalui jalan di sebelah pintu masuk utama Zoo Negara, anda akan menemui Kampung Kemensah.

Aktiviti hari minggu untuk menjejak kaki ke air terjun lebih menarik jika anda singgah makan nasi lemak yang enak di dua buah warung sebelah kiri jalan di Kampung Kemensah sebelum meneruskan perjalanan lebih kurang 2 kilometer untuk tiba ke ATV Park.

Sebelum menemui ATV Park, anda akan bertemu satu simpang tiga. Simpang ke kiri akan membawa anda ke tempat rekreasi Kemensah dan denai untuk ke Bukit Tabur dan Lubuk Tedung.

Tidak jauh selepas menemui ATV Park, perjalanan mendaki bukit akan membawa anda ke hujung jalan tar dan anda akan menemui Institut Budaya Baru Melayu.

Bagi yang membawa kereta, anda boleh meletak kereta anda di sini. Denai ke air terjun akan bermula di sini. Laluan untuk ke air terjun tidaklah terlalu sukar dengan keadaan denai yang terjaga.

Jika menunggang basikal, masa yang diperlukan untuk tiba ke air terjun lebih kurang 30 hingga 45 minit mengikut stamina penunggang. Bagi yang memilih untuk berjalan kaki, perjalanan ke air terjun memakan masa sejam hingga 1 jam setengah.

Perjalanan melalui denai dimulai dengan laluan landai, kemudian anda perlu mendaki dan akhir sekali perlu menuruni bukit sebelum anda dapat mendengar bunyi air terjun. Sudah pasti segala penat lelah untuk sampai ke air terjun terasa berbaloi apabila anda dapat menikmati keindahan air terjun di tingkat pertama.

Airnya yang mengalir sejuk membuatkan badan kembali bertenaga setelah berendam dan bermandi-mandi di situ.

Air Terjun Sofea Jane di Kemensah mempunyai 3 tingkat namun tingkat kedua dan ketiga agak sukar untuk diakses kerana tiada laluan denai untuk ke sana. Menurut penduduk kampung, para pengunjung dinasihatkan supaya tidak mendaki ke tingkat 2 dan seterusnya kerana keadaan licin dan berbahaya.

Air Terjun Sofea Jane terpelihara daripada kekotoran dan sampah, hasil usaha sama penduduk kampung yang sentiasa menjaga denai dan kawasan air terjun. Rondaan sentiasa dibuat untuk memastikan keselamatan pengunjung.

Apa yang menarik di tingkat 1, di bahagian bawah terdapat beberapa kolam untuk anda bermandi mandi, manakala di bahagian atas juga terdapat kolam kecil dan hamparan batu untuk beristirehat.

Bagi yang berminat untuk menjejaki air terjun ini, pastikan anda mempunyai tahap kecergasan dan stamina yang baik untuk berjalan kaki dan berbasikal. Bagi yang ingin ke sana dengan ATV, anda boleh berbuat demikian di ATV Park dengan kadar bayaran yang berpatutan.

air-terjun-sofea-jane-300x300 Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak berbasikal-ke-air-terjun-sofea-jane-300x300 Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak denai-berbasikal-ke-air-terjun-sofea-jane-300x300 Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak kesejukan-air-terjun-sofea-jane-300x300 Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak laluan-trek-ATV-di-kawasan-air-terjun-sofea-jane-300x300 Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak menaiki-ATV-ke-air-terjun-sofea-jane-300x300 Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak menaiki-ATV-laluan-denai-ke-air-terjun-sofea-jane-300x300 Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak mendaki-ke-air-terjun-sofea-jane-300x300 Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak

Loading...

Tags: #air terjun dekat KL #air terjun kemensah #air terjun kg. kemensah #Air Terjun Kubang Gajah #Air Terjun Sofea Jane #atv kemensah #bukit batu condong #destinasi air terjun bandar kuala lumpur #kampung Kemensah #kemensah chalet #mendaki di air terjun sofea jane #motor scrambler dan ATV #sukan berbasikal

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak"