Mahasiswa! Ini Tips Atasi Masalah Tidur Semasa Kuliah

Tiips Elak Tidur Semasa Kuliah

Tanpa mengira masa atau tempat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada semua orang lebih-lebih lagi jika anda seorang mahasiswa atau pelajar universiti.

Rasa mengantuk sangat sulit untuk dihindari apatah lagi jika anda aktif berpersatuan di menara gading dan tidak sempat untuk beristirehat dengan secukupnya.

Pasti memalukan jika anda dimarahi oleh pensyarah kerana tertidur di bilik kuliah.

Jangan khuatir lagi. Untuk kali ini, penulis kongsikan dengan anda lima cara mudah untuk mengatasi rasa mengantuk di bilik kuliah.

1. Jangan tidur lewat malam.

Jika ada kelas kuliah di awal pagi di keesokan hari, anda dilarang sama sekali tidur lewat malam. Ini kerana, anda akan kekurangan waktu tidur dan pastinya membawa kesan mengantuk di bilik kuliah.

Sebagai manusia, kita mestilah tidur 6 hingga 8 jam sehari. Jika kurang, ianya akan menjejaskan rutin kehidupan seharian anda.

2. Bawa Botol Air Kosong

Menurut kajian pakar, otak manusia memerlukan bekalan oksigen yang secukupnya untuk berfikir. Apabila otak kekurangan oksigen akan memberi kesan terhadap rangsangan pemikiran seseorang manusia dan membuatkan kita mudah rasa mengantuk.

Oleh itu, minum air kosong merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mendapatkan oksigen dan mengurangkan rasa mengantuk.

3. Kunyah gula-gula atau coklat

Mengunyah gula-gula atau coklat boleh mengurangkan rasa mengantuk di bilik kuliah.

Kalau boleh, kunyahlah gula-gula yang jenis berangin atau sedikit pedas. Awas! Jangan amalkan memakan gula-gula selalu kerana akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan gigi anda.

4. Cuci Muka

Minta kebenaran pensyarah untuk ke tandas dan cucilah muka anda dengan air. Sebelum mencuci muka, pastikan tangan anda bersih dari sebarang kotoran.

Ini merupakan langkah paling mudah untuk menghilangkan rasa mengantuk di bilik kuliah dan kembali segar.

5. Senaman Ringan

Selain mencuci muka, anda juga boleh melakukan senaman ringan untuk mengelakkan diri daripada dibelenggu rasa mengantuk.

Sebagai contoh, anda boleh menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki atau kepala. Selepas itu, bernafas perlahan-lahan dan masuk ke bilik kuliah semula untuk meneruskan sesi pembelajaran.

azlan-150x150 Mahasiswa! Ini Tips Atasi Masalah Tidur Semasa Kuliah

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #apa perlu buat semasa mendengar kuliah #cara hilangkan mengantuk #Mahasiswa #mahasiswa tidur #mengantuk ke kelas #pelajar universiti #petua hilangkan mengantuk #student tidur dalam kelas #tidur dalam kelas #tidur semasa kuliah #Tips Atasi Masalah Tidur Semasa Kuliah #tips tidak tidur dalam kelas

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Mahasiswa! Ini Tips Atasi Masalah Tidur Semasa Kuliah"