Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang!

Menu Restoran Kambing Bakar Sahara

Berita baik bagi penggemar dan pencinta tegar kambing! Lagi-lagi buat mereka yang berada di sekitar Shah Alam, Klang dan kawasan berhampiran.

Bagi anda yang belum datang atau pernah dengar akan Restoran Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara, anda perlu baca artikel ini hingga habis!

Restoran Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara pada awalnya beroperasi dan terletak di Jalan Kassim, Meru, Klang.

Namun baru-baru ini, bermula 6 April lepas, mereka telah pun berpindah dengan membuka cawangan baru yang lebih luas dan selesa kepada para pelanggan di Setia Alam, Shah Alam.

Di sini, menu utama yang wajib anda try tentulah kambing bakar. Nama kedai pun dah Restoran Kambing Bakar kan.

Sebelum ini, penulis berpeluang makan di sana sebanyak dua kali dan jujurnya mengikut tekak penulis yang merupakan salah seorang penggemar kambing, ia amat sedap dan serius superb!

Rasanya yang juicy dan tekstur daging yang lembut dimasak dengan rempah khas daripada Indonesia membuatkan anda tidak akan sempat menoleh pelanggan sebelah.

Rasanya yang sedap dan tidak jemu membuatkan penulis dan rakan-rakan penulis menambah satu set lagi kambing bakar setiap seorang.

Dihidangkan bersama hirisan limau purut, tomato dan daun salad, presentation yang dipersembahkan pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mengunyah.

Di sini, kebanyakan pelanggan akan memilih untuk mengambil menu secara set. Hanya serendah RM14, anda dapat menikmati kambing bakar superb sedap dan pedas itu bersama sepinggan nasi putih, air dan sup kosong.

Terdapat tiga pilihan air yang ditawarkan bagi setiap set iaitu teh o, sirap mahupun limau.

Anda harus memilih sama ada mahukan air panas ataupun sejuk bagi pilihan air di atas. Tapi ingat, satu jenis air sahaja tau. Air kosong pula disediakan secara free untuk anda. Tapi pandai-pandailah ambil sendiri ya.

Serius talk! Kambing bakar Sahara Shah Alam ini memang betul-betul lain daripada yang lain dengan kedai-kedai yang pernah penulis try dan review sebelum ini.

Restoran ini juga agak jauh lokasinya kerana agak terpencil, tetapi pasti berbaloi dan hilang penat memandu atau membonceng motosikal tatkala sampai ke sana.

Aroma bau kambing bakar seakan-akan melambai anda dari jauh untuk terus masuk dan duduk di mana-mana meja kosong yang ada.

Perlu diingatkan juga ya, kebiasaannya kedai ini sangat ramai pelanggan terutama pada waktu-waktu puncak seperti tengah hari dan makan malam.

Jadi perlukan sedikit kesabaran untuk anda mendapatkan tempat duduk dan menunggu giliran.

Bagi mereka yang mungkin kurang gemar atau langsung tidak boleh telan dengan daging kambing, jangan khuatir dan bimbang.

Pelbagai menu lain turut disediakan seperti ayam penyet, puyuh penyet, itik penyet, ikan keli penyet, sup tulang dan bakso yang juga sangatla sedap ya.

Untuk pengetahuan, pemilik asal restoran merupakan orang yang berasal dari negara seberang, Indonesia.

Jadi, buat pencinta-pencinta kambing tegar, apa tunggu lagi, meh la datang dan rasai sendiri kambing bakar yang ditawarkan mereka.

Sure, anda dan anda anda semua akan merindui kelazatan dan kenikmatan rasa juicy dan fresh kambing yang diperap dan dibakar sempurna itu!

Opss lupa. Bagi mereka yang tidak berhajat makan di sana dan hanya ingin take away pun tak jadi masalah.

Paling menarik mereka juga menawarkan penghantaran menu secara ‘delivery’ bagi kawasan sekitar terdekat dengan caj yang amat berpatutan.

Penulis rasa nak start kereta je sekarang ni dan pi pekena set nasi kambing bakar Sahara! Satu lagi, bab parking jangan risau ya, banyak tempat parking disediakan, maklumlah kawasan baru dibuka.

Info Mengenai Restoran Kambing Bakar Ayam Penyet

* Beroperasi pada setiap hari termasuk cuti umum kecuali hari Khamis.
* Mula dibuka seawal pukul 10 pagi hingga 11 malam
* Harga yang ditawarkan bagi setiap menu amat berbaloi dan mampu milik
* Kambing bakar tersebut merupakan resipi turun temurun pemiliknya sejak dahulu lagi

Alamat Terkini:
Jalan Setia Utama, AS U13/AS, Setia Taipan 2, Setia Alam, 40170, Shah Alam, Selangor.

Facebook: Warung Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara

No Telefon: 012-9434644

Daging-kambing-berempah-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! kambing-bakar-Restoran-Kambing-Bakar-Sahara-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! kambing-bakar-shah-alam-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! kambing-sedap-shah-alam-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! menu-kambing-bakar-sedap-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! menu-kambing-bakar-segar-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! menu-terbaik-di-shah-alam-Restoran-Kambing-Bakar-Sahara-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! Restoran-Kambing-Bakar-Sahara-di-selangor-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! Restoran-Kambing-Bakar-Sahara-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! sahara-arabian-resto-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang! menu-Restoran-Kambing-Bakar-Sahara-shah-alam-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang!

a63430bc-6f68-4460-a663-b092fe992402-150x150 Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang!

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
facebook Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang!

Loading...

Tags: #ayam penyet sahara #kambing bakar best sahara #Kambing bakar sahara #kambing bakar sedap #peminat kambing #sahara kambing bakar #setia alam #shah alam #tempat best kambing bakar #tempat best makan kambing area shah alam

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang!"