Resipi Kuey Teow Goreng Kerang
Bahan-bahan :
- 1 peket kuey teow
- Daun kucai dicuci dan dipotong 1 inci panjang
- Semangkuk kecil taugeh
- Udang saiz sederhana
- 1 mangkuk kecil isi kerang
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap mee jenama Tamin
- 3 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 3 sudu makan sos cili
- 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
- 2 biji telur
- Sedikit minyak masak
Cara memasak :
- Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul rata. Dikacau sentiasa sehingga menjadi telur hancur. Ketepikan.
- Masukkan lagi sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan semua sos dan kicap.
- Masukkan udang dan isi kerang. Kacau rata hingga udang masak.
- Masukkan koey teow, kucai dan taugeh. Kacau rata.
- Masukkan telur hancur. Kacau rata.
- Apabila semua bahan telah sebati, tutup api dan hidangkan.
Tags: #cara masak Resipi Kuey Teow Goreng Kerang #masakan Resipi Kuey Teow Goreng Kerang #Resipi Kuey Teow Goreng Kerang #Resipi Kuey Teow Kerang