Resipi Air Jagung Special
Bahan-bahan :
- Kordial perisa jagung
- Air
- Gula secukup rasa
- 1/2 tin Jagung manis dalam tin
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar susu pekat manis
- Aiskrim vanilla
Cara menyediakan :
- Masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula sehingga air betul-betul mendidih dan gula melarut.
- Masukkan kordial jagung secukupnya. Bergantung kepada citarasa dan kepekatan yang anda mahu.
- Masukkan pula susu cair dan jagung dalam tin dalam campuran tadi. Biarkan seketika.
- Tutup api dan masukkan pula susu pekat manis mengikut kesesuaian citarasa.
- Apabila ia mula sejuk, hidangkan bersama ais dan aiskrim vanilla
Tags: #air jagung special #cara buat air jagung #minuman air jagung special #resipi air jagung sedap