Resipi Sambal Tumis Sotong
Bahan-bahan :
- 10 ekor sotong
- 4 sudu makan cili kering
- Asam jawa sebesar ibu jari dicampur dengan 1/4 cawan air
- 2 biji bawang besar yang dipotong bulat
Bahan tumbuk lumat :
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
Cara memasak :
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik wangi.
- Masukkan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak dan garing.
- Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga garing.
- Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata dan masak sehingga bawang layu. Pastikan sentiasa mengacau supaya sotong masak sekata. Elakkan memasak sotong pada tempoh yang lama supaya ia tidak kenyal.
- Tutup api dan masakan sedia untuk dihidangkan.
Tags: #Resipi Sambal Tumis Sotong #sambal sotong #Sambal Tumis Sotong