Teknik Membersihkan Telinga Kucing Dengan Berkesan

Bersih Telinga Kucing

Membersihkan telinga kucing perlu dijadikan satu rutin yang kita lakukan mungkin seminggu atau dua minggu sekali, dan kita boleh bermula pada umur kucing seawal 8 minggu. Ini akan menyenangkan anda kelak kerana kucing sudahpun terbiasa dengan rutin tersebut dan tidak marah apabila anda mengusik telinga mereka.

Jadikanlah pengalaman membersihkan telinga itu suatu pengalaman yang positif kepada kucing anda, dengan cara memberikan sedikit upah atau treats sebelum dan selepas pembersihan dilakukan. Ini pasti akan menggembirakan kucing anda dan memudahkan kerja anda.

Kerja pembersihan (mengorek) telinga kucing perlu dilakukan ketika kucing anda dalam mood “happy”, bukan selepas dimandikan atau selepas dipotong kukunya atau lain-lain prosedur yang menyebabkan kucing kita tidak selesa atau gembira.

Kucing tidak suka dipegang dengan kuat, malah tidak suka menjadi perhatian dua tiga orang. Jadi kerja ini perlu hanya anda dan kucing sahaja.

Teknik Membersihkan Telinga Kucing

Cara-cara pembersihan telinga kucing adalah seperti berikut :

Cara pertama : Memeriksa telinga kucing
Pegang hujung telinga dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, dan terbalikkan cuping telinga kucing dari dalam ke luar sehingga anda dapat melihat bahagian dalam telinga kucing. Sekiranya terdapat discaj kehijauan atau kekuningan seperti nanah, atau seperti kopi coklat kehitaman, maka kita perlu membawa kucing kita ke vet.

Cara kedua
Sedikit ear wax tidak mengapa, anda hanya perlu mengelap dengan putik kapas atau bebola kapas yang lembab secara lembut. Kita juga boleh meletakkan beberapa titik ubat pencuci telinga ke dalam lubang telinga kucing, dan gosokkan dipangkal telinga untuk 15-20 saat supaya titisan ubat boleh masuk ke dalam saluran telinga kucing. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci.

Cara ketiga
Gunakan bebola kapas yang telah dilembabkan dengan minyak bayi atau minyak zaitun atau hidrogen peroksida sekiranya ada untuk membersihkan telinga kucing selepas dititikkan ubat, tetapi jangan terlalu dalam kerana ditakuti kita akan menyebabkan wax yang kita cuba keluarkan menjadi padat atau kesan impacted di dalam saluran telinga kucing.

Cara keempat
Ulangi langkah-langkah di atas sekiranya perlu, sambil memuji dan memanjakan kucing anda. Ini akan mewujudkan suasana tidak takut kucing setiap kali anda ingin membersihkan telinganya kelak.

Loading...

Tags: #berapa kali seminggu membersihkan telinga kucing #cara bersih telinga kucing #cara jaga kesihatan kucing #Cara Membersihkan Telinga Kucing #cara membersihkan telinga kucing parsi #Cara Membersihkan Telinga Kucing Yang Kotor #Cara Merawat dan Membersihkan Kotoran Telinga Kucing #korek telinga kucing #langkah membersihkan telinga kucing #panduan bersihkan telinga kucing #teknik membersihkan telinga kucing #tips membersihkan telinga kucing

Tips Halau Kucing Liar Dari Kawasan Rumah Anda
Jika anda ingin mengeluarkan kucing liar dari kawasan rumah anda atau menghentikan tingkah
Kucing Anda Terlalu Gemuk : Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?
Bagi kucing yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, perubahan diet dan gaya
Petanda Kucing Peliharaan Anda Sakit
Tanda-tanda kucing sakit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor

Leave a reply "Teknik Membersihkan Telinga Kucing Dengan Berkesan"