Kebiasaannya keadaan sambungan paip dibawah sinki adalah berbentuk U atau pun T.
Kawasan inilah sering berlaku longgokkan bahan sisa makanan dan lemak yang menjadikan punca sinki tersumbat.
Rumah zaman sekarang kebanyakkan telah dilengkapi dengan sistem perangkap sinki (rujuk gambar tiga jenis perangkap sinki di bawah).
Perangkap sisa sinki ini biasanya terletak dibawah sinki dapur anda. Untuk mencucinya, senang sahaja. Anda hanya perlu membuka perangkap tersebut dan mengeluarkan bahan sisa tersangkut.
Apa yang merumitkan adalah saluran dalam paip tersumbat walaupun perangkap sisa telahpun dibersihkan.
Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh anda lakukan bagi mengatasi masalah sinki tersumbat :
- Kaedah Pertama
Cari getah paip dan dawai. Gunakan dawai untuk mengorek benda-benda asing yang tersumbat di dalam saluran.
Sumbat getah paip ke dalam sikit dan disekelilingnya sumbat kain buruk biar padat dilubang tersebut. Buka air dengan laju.
Tekanan air dalam paip getah akan menolak sisa tersebut keluar. Lakukan beberapa kali jolokan dengan getah paip sedalam yang mungkin.
- Kaedah Kedua
Tuangkan satu botol Clorox atau yang seangkatan dengannya dan apabila bangun pagi buka air singki.
Tujuannya untuk membuang kotoran-kotoran degil seperti lemak-lemak yang melekat didalam paip tersebut.
- Kaedah Ketiga
Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan. Masukkan ½ cawan baking soda(serbuk penaik) ke dalam lubang sinki.
Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu ke dalam lubang sinki.
Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi.
Tunggu sehingga 5 minit supaya baking soda dan cuka tiruan tadi bertindak balas.
Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki. Anda akan lihat berlakukan tindakbalas kimia, saluran sinki anda akan berasap-asap.
Jangan risau, paip anda bukan sedang terbakar. Ia sebenarnya adalah tindakbalas kimia yang cuba mencairkan sebarang benda-benda yang tersumbat di dalam paip tersebut.
- Kaedah keempat
Sediakan bahan-bahan seperti garam Halus (1 paket sederhana) dan air panas (1 gayung mandi).
Masukkan satu paket garam halus terus ke dalam saluran yang tersumbat dan kemudian, jiruskan dengan air panas. Tunggu sehingga satu jam.
- Kaedah kelima
Beli cecair asid khas untuk masalah paip sumbat ini. Bahan ini boleh didapati di kedai hardware utama.
Anda cuma perlu isikan saja cecair tersebut ke dalam paip dan biarkan beberapa jam. Kalau tidak berjaya boleh cuba kaedah lain pulak.
- Kaedah keenam
Beli dawai yang dikhaskan untuk menjolok paip tersumbat. Dapatkan saiz yang sesuai dengan saluran paip anda.
Dawai khas ini biasanya dijual di kedai hardware atau kedai DIY.
Cara menggunakannya ialah anda hanya perlu menjolokkan dawai tersebut ke dalam paip, kemudian pusingkan handlenya supaya ia mengorek benda yang sumbat di dalam paip itu.
Selesai, pancutkan air ke dalam salur itu.
Diharap kaedah-kaedah tersebut akan dapat menyelesaikan masalah sinki dan paip tersumbat.
Akhirnya air buangan akan dapat mengalir semula seperti biasa.
Tags: #bilik air tersumbat #cara mudah baiki sinki tersumbat #clog remover #paip tersumbat #petua mengatasi sinki tersumbat #saluran air tersumbat #sinki dapur tersumbat #sinki tersumbat #soda untuk tandas tersumbat #tandas tersumbat
aman7 years ago
terima kasih atas info ini.. salam singgah