Resepi Ayam Goreng Serai
Bahan-bahan :
- 6 ketul paha ayam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- 2 batang serai (diketuk)
- 100 ml santan pekat
- 1 sudu teh asam jawa + 4 sudu makan air
- Garam
- Gula
Bahan-bahan kisar halus :
- 5 biji cili merah besar
- 6 biji cili padi
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 batang serai (ambil bahagian putih)
- 2 cm lengkuas
- 2 cm kunyit
Cara memasak:
- Campurkan ayam dengan garam, serbuk kunyit hingga sebati. Biarkan selama 15 minit.
- Goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
- Tumiskan bahan kisar halus bersama serai yang diketuk sehingga naik bau.
- Masukkan ayam, kacau hingga rata kemudian masukkan santan. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa, masak dengan api sederhana sehingga bahan tumis masak sebati dan air mengering sedikit.
- Selepas ayam sudah masak, bolehlah angkat dan hidangkan panas-panas.
Tags: #ayam goreng berempah #ayam goreng nasi lemak #cara buat Ayam Goreng Serai #cara masak Ayam Goreng Serai #menu Ayam Goreng Serai #Resepi Ayam Goreng Serai