Resepi Ayam Paprik Versi Thai

Ayam Paprik Versi Thai

Resepi Ayam Paprik Versi Thai

Bahan-bahan :

  • 4 keping dada ayam (dipotong, dikerat kecil)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4 biji bawang kecil (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris seperti mancis)
  • 2 labu bawang besar (dipotong bentuk gegelang)
  • 5 – 6 biji cili padi merah (dititik)
  • 2 batang serai (dititik)
  • ½ biji cili benggala hijau
  • 5 – 6 helai daun limau purut (dikoyak)
  • 3 sudu makan cili kering yang dikisar
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan/sotong
  • Sedikit kicap manis
  • Gula perang dan garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Minyak masak
  • 10 batang kacang panjang (sayur-sayuran lain seperti bunga kobis, putik jagung dan lobak merah sebagai tambahan)

Cara memasak :

  1. Gaul hirisan ayam bersama serbuk kunyit dan sos ikan/sotong.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam sehingga masak. Tos dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak goreng ayam di dalam kuali. Kemudian, tumis bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Selepas itu masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, sos ikan/sotong dan kicap manis, diikuti dengan isi ayam. Kemudian, gaul sehingga rata.
  5. Tuangkan air secukupnya (untuk kuah). Masukkan serai, daun limau purut dan cili padi. Biar mereneh di atas dapur. Perasakan dengan gula perang dan garam. Kacau serata.
  6. Masukkan bawang besar, cili benggala hijau dan sayur-sayuran. Tambahkan sedikit lagi air sekiranya kuah terlalu pekat.
  7. Masak sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup api. Masakan dihidangkan bersama nasi putih.
Loading...

Tags: #cara masak Ayam Paprik Versi Thai #cara memasak Ayam Paprik Versi Thai #menu Ayam Paprik Versi Thai #menu makan tengahari Ayam Paprik Versi Thai #Resepi Ayam Paprik Versi Thai

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Resepi Ayam Paprik Versi Thai"