Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut :
1. Jika harta si mati berjumlah RM10,000 dan ke bawah ;
Sekiranya si mati meninggalkan harta pelaburan di dalam tabung unit amanah ASNB dan jumlah keseluruhan bernilai RM10,000 atau kurang, waris si mati yang dibenarkan boleh menuntut pelaburan tersebut dengan menghadirkan diri ke pejabat ASNB dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan. Maknanya, bawah RM10K, prosidurnya amat mudah, akan terus dipindahkan ke akaun pewaris atau cek dalam tempoh 35 hari.
2. Jika harta si mati melebihi RM10,000 ;
Sebelum membuat tuntutan di Pejabat ASNB, waris/pentadbir perlu mendapatkan salah satu dokumen pembahagian harta pusaka mengikut klasifikasi harta dan jumlah harta seperti berikut:
- Geran Probet dari Mahkamah Tinggi (untuk harta yang berwasiat)
- Perintah Pembahagian Harta Pusaka Kecil dari Pejabat Tanah dan Daerah (untuk kesemua atau sebahagian harta tidak alih dan harta alih sekiranya ada, berjumlah kurang daripada RM2 juta)
- Perintah Arahan/Akuan dari Amanah Raya Berhad (untuk harta alih berjumlah kurang daripada RM600 ribu)
- Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi (untuk harta alih dan/atau harta tidak alih melebihi RM2 juta)
Kenapa wasiat penting?
Proses untuk mendapatkan dokumen pembahagian harta pusaka ini kebiasaanya mengambil masa yang panjang, kecuali sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat, proses pembahagian harta pusaka akan mengambil masa lebih singkat. Maknanya di sini prosesnya agak panjang kecuali dengan adanya WASIAT. Pernahkah kita duduk berbincang dengan isteri atau suami kita tentang wasiat segala harta kita?Wasiat boleh dibuat di Amanah Raya (bayaran sekitar RM300). Kini telah wujud sistem online untuk wasiat.
- Rujuk Soal jawab Hibah ASB
Tags: #cara nak proses tuntut wang asb si mati #cara tuntut asb arwah #kepentingan wasiat #konsep hibah asb #kosep hibah ASB #pelaburan asb #penjelasan Hibah ASB #prosedur keluarkan harta asb orang meninggal #Prosedur Menuntut Harta Pelaburan #simpanan asb #tuntut harta si mati