Sebut sahaja tentang Korea Selatan, pastinya yang terlintas di fikiran adalah fenomena muzik K-Pop yang berjaya menghipnotis masyarakat dunia sehingga ke hari ini.
Industri hiburan Korea Selatan tidak hanya dipelopori oleh selebriti tempatan bahkan diwarnai bakat-bakat hebat dari luar negara.
Kebanyakan artis non-Korea yang memperdagangkan bakat di negara Kimchi ini datang dari Jepun, Thailand dan China.
Berikut, penulis senaraikan 8 Selebriti K-Pop yang berasal dari Thailand dan Jepun. Penasaran? Jom intip artikel dibawah!
1. Nichkhun 2PM
Nichkhun atau nama lengkapnya Nichkhun Buck Horvejkul merupakan salah seorang ahli kumpulan 2PM. Walaupun dibesarkan di Amerika Syarikat, jejaka berusia 29 tahun ini memiliki darah Thailand sebelah ibunya. Selain bergelar duta pelancongan negara Gajah Putih berkenaan, beliau juga pernah membintang sebuah filem Thailand berjudul Seven Something.
2. Mina Twice
Wanita bernama Myoui Mina ini mula menganggotai kumpulan Twice sejak 2015 di bawah label JYP Entertainment selepas menyertai program realiti, Sixteen. Akrab disapa Mina, bintang kelahiran Texas, Amerika Syarikat kembali ke negara asalnya iaitu Jepun ketika berusia kanak-kanak. Menariknya figura cantik ini memiliki dua kewarganegaraan iaitu Jepun dan Amerika Syarikat. Sebelum bergelar artis K-Pop, Mina aktif sebagai penari balet.
3. Ten NCT
Anggota kumpulan NCT iaitu Ten dilahirkan pada 27 Februari 1996 di Bangkok, Thailand. Selepas debut bersama NCT, jejaka kacak ini menyertai subgrup yang dikenali sebagai NCT U. Pemilik nama sebenar Chittaphon Leechaiyapornkul direkrut dibawah SM Entertaiment mulai 2013 menerusi sistem SM Global Audition yang telah diadakan di Thailand.
4. Lisa Blackpink
Untuk pengetahuan para peminat Blackpink, Lisa memulakan kerjaya seni sebagai penari cover (dance cover) di Thailand di bawah kumpulan We Zaa Cool. Setelah direkrut YG Entertainment pada April 2011, figura yang lahir pada 27 Mac 1997 ini debut bersama ahli kumpulannya mulai Jun 2016. Menerusi Blackpink, gadis berusia 20 tahun ini berperanan sebagai rapper dan penari utama girlband berkenaan.
5. Yuto Pentagon
Berasal dari negara matahari terbit, Yuto atau nama aslinya Adachi Yuto adalah penyanyi rap untuk kumpulan Pentagon yang popular dengan lagu Gorilla, Can You Feel It, Pretty Pretty dan You Are. Figura berbintang Aquarius ini turut mendapat gelaran daripada ahli kumpulannya sebagai Takoyaki Prince. Sebelum terjun ke arwnan seni suara, Yuto merupakan bekas pemain besbol selama 6 tahun.
6. Bambam GOT7
Selepas mengikuti uji bakat JYP Entertainment, Kunpimook Bhuwakul atau nama pentasnya Bambam dipilih untuk menyertai agensi berkenaan. Ketika di Thailand, pemuda kacak ini merupakan ahli kumpulan tarian yang turut dianggotai Lisa Blackjack. Mengalas posisi penyanyi rap, Bambam dan ahli kumpulan mula mengetuk pintu muzik K-Pop pada 2014 lalu.
7. Momo Twice
Di samping Mina, Momo yang merupakan penari utama kumpulan Twice berasal dari Kyotanabe, Kyoto, Jepun. Bakat si cantik ini dikesan pihak JYP Entertainment selepas menonton video tarian cover Momo dengan kakaknya. Sebelum debut bersama kumpulan Twice, wanita ini mengikuti program realiti, Sixteen namun tersingkir. Dek kerana handal menari, Momo diserap masuk ke rancangan berkenaan.
8. Sorn CLC
Member kumpulan CLC, Sorn atau nama sebenarnya Chonnasorn Sajakul adalah anak jati Bangkok, Thailand. Selepas menjuarai program Kpop Star Hunt musim pertama, figura mirip Selena Gomez ini terus dilamar label pengurusan Cube Entertainment. Bukan sahaja memiliki suara yang merdu, Sorn juga berbakat di pentas lakonan.
Tags: #Artia KPop Berasal Dari Jepun #Artis K-Pop #Artis KPop Berasal Dari Thailand #Bambam GOT7 #Lisa Blackpink #Mina Twice #Momo Twice #Nichkhun (2PM) #Selebriti K-Pop #Selebriti K-Pop Ini Berasal Dari Thailand #Selebriti KPop Kelahiran Jepun #Selebriti KPop Kelahiran Thailand #Sorn CLC #Ten NCT #Yuto Pentagon