7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda

Bahan Asas Memasak

Dalam sesuatu masakan, selain sihat dan berkhasiat, tentunya kita juga harus mempertimbangkan rasa. Walaupun masakan tersebut termasuk masakan sihat, tetapi jika rasanya kurang enak, maka selera makan kita mungkin akan menurun.

Tentunya, hasil masakan tidak terlepas dari bahan-bahan perasa yang diperlukan dalam proses memasak, sama ada bahan-bahan tersebut mudah atau sukar diperoleh. Namun, anda perlu tahu bahawa terdapat bahan-bahan perasa masakan yang selalu perlu ada atau mungkin anda perlu menyediakannya terlebih dahulu sebelum menentukan menu masakan apa yang akan disajikan.

Bahan-bahan Perasa Asas Wajib Ada Di Dapur

Bahan-bahan perasa buatan inilah yang sangat penting dan berpengaruh dalam cita rasa dan memiliki manfaat lain dalam suatu masakan. Jadi, adakah bahan-bahan perasa buatan di bawah ini sentiasa ada di dapur anda?

  • Garam Kisar

garam 7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda

Garam menjadi perkara penting dalam urusan cita rasa masakan. Selazat mapapun masakan, jikarasa  garam kurang sesuai, maka masakan menjadi hambar. Garam berperanan penting untuk memberikan rasa pada sesuatu masakan. Selain itu, garam memiliki kandungan sodium dan potassium yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Mereka yang berdiet sihat mungkin menghindari garam, tetapi adakah anda yakin sesuatu masakan yang dihasilkan akan terlepas dari campur tangan bahan perasa ini?

  • Gula Pasir

gula 7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda

Gula pasir berperanan dalam mengimbangi rasa suatu masakan. Gula pasir menjadi bahan asas untuk menambah rasa manis masakan selain madu atau gula melaka. Gula juga dapat digunakan menjadi hiasan dan menambah cita rasa donat dan beberapa jenis maskaan kuih. Mungkin sebahagian orang akan menghindari masakan yang manis-manis kerana alasan kesihatan. Walaupun beberapa masakan tidak memerlukan gula, tetapi gula perlu sentiasa ada di dapur anda.

  • Penyedap Rasa

penyedap-rasa-1 7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda

Penyedap rasa boleh dikatakan sebagai aksesori atau pelengkap agar masakan menjadi lebih lazat. Penyedap rasa menjadi bahan yang selalu sedia ada di dapur walaupun setiap orang tidak selalu menambahkan bahan ini ke dalam olahan masakan. Penyedap rasa mengandungi MSG dan terdapat juga yang tidak mengandungi MSG. Penyedap rasa tanpa MSG adalah yang terbaik untuk menggantikan fungsi Ajinomoto dalam masakan.

  • Ajinomoto

Ajinomoto 7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda

Seperti penyedap rasa, Ajinomoto merupakan MSG yang diperlukan sebagai pelengkap dalam sesetengah masakan. Ajinomoto diperlukan jika peranan garam kisar dan gula pasir kurang berhasil dalam menggurihkan rasa masakan. Namun, perlu diingat walaupun bahan ini selalu ada di dapur, anda perlu menggunakannya secara bijak agar kesihatan tubuh tetap terjaga.

  • Kicap

kicap 7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda

Kicap menjadi bahan pelengkap dalam sebuah masakan. Kicap selain memberi rasa manis, ia juga memberi warna kehitaman dalam suatu masakan, misalnya nasi goreng. Pada sisi lain, kicap memberikan daya tarik terhadap masakan yang disajikan. Tanpa kicap, sudah pasti maskaan berasaskan kicap seperti daging goreng kicap, ayam masak kicap, tumis kicap dan sebagainya tidak boleh dimasak. Kicap menjadi alternatif lain sebagai ‘kuah’ untuk menambah rasa ketika menjamah nasi.

  • Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram

sos 7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda

Sos cili, sos tomato dan sos tiram menjadi bahan pelengkap dalam sebuah masakan terutamanya dalam masakan bergoreng. Kebanyakan masakan ala thai, masakan panas seperti mee goreng, bihun goreng dan sebagainya menggunakan ketiga-tiga bahan sos ini sebagai perasa.

  • Lada Hitam dan Sos Blackpepper

blackpepper 7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda

Lada hitam atau sosnya memberi rasa dalam sesebuah masakan serta boleh dijadikan penambah rasa dalam sesuatu jenis masakan. Lada hitam merupakan antara bahan utama dalam membuat perapan untuk masakan panggang dan juga masakan barat seperti lamb chop, chicken chop dan sebagainya.

Loading...

Tags: #bahan perasa buatan #Bahan Perasa Buatan Yang Sentiasa Perlu Ada Di Dapur Anda #bahan perasa masakan #Bahan-Bahan Asas Masakan #belajar masak #cara memasak #garam #gula pasir #kicap manis #nak sedapkan masakan #panduan dapur #petua dapur

Bagaimana Merancang Membeli-belah Barangan Dapur @ Keperluan Asas ?
Merancang perbelanjaan dapur anda dengan cekap boleh membantu anda menguruskan kewangan anda, mengelakkan
Tiga Teknik Paling Mudah Selesaikan Masalah Salur Paip Tersumbat
Anda boleh cuba menggunakan 3 teknik mudah ini tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang
Menghilangkan Bau Kurang Enak Di Dapur Anda Dengan Tips Mudah Ini!
Dapur merupakan salah satu ruangan penting dalam rumah kerana di situlah semua makanan
Bahan-Bahan Asas Masakan Yang Perlu Ada Di Dapur Anda. Petua Memasak!
Bahan Asas Masakan Wajib Ada Di Dapur Anda Ketika Anda terlalu malas untuk

Leave a reply "7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda"