7 Aktiviti Ini Akan Menceriakan Hari Raya Pertama Anda!

7 Aktiviti Ini Akan Menceriakan Hari Raya Pertama Anda!

Syawal yang dinanti-nanti bakal tiba beberapa hari lagi. Bersama keluarga tercinta di kampung halaman pastinya mencipta momen terindah buat kita semua dalam meraikan sambutan hari lebaran lebih-lebih lagi di hari raya pertama.

Dalam menyemarakkan lagi Aidilfitri tahun ini, penulis ingin berkongsi dengan anda tentang 7 perkara biasa yang dilakukan oleh kita semua di hari raya pertama. Take a look!

1. Solat Sunat Hari Raya

Solat sunat ini dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana telah menyempurnakan ibadat puasa selama sebulan. Seluruh keluarga tampil segak bergaya dan cantik jelita dengan memakai pakaian hari raya ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat sunat ini.

2. Bersalam-salam

Kebiasaannya, aktiviti bersalam-salaman selalu dilakukan sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Disinilah, si anak mengambil kesempatan untuk meminta maaf dan restu dari kedua-dua ibu bapa selain bermaaf-maafan sesama adik beradik dan sanak saudara tercinta.

3. Minta duit raya

Selepas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, inilah masa untuk sesi pembahagian duit raya dari orang dewasa (yang bekerja) kepada yang lebih muda dan kanak-kanak. Bagi yang dapat, jangan lupa ucapkan terima kasih.

4. Swafoto dan Wefie Hari Raya

Acara wajib setiap keluarga yang menyambut hari lebaran dengan merakamkan beberapa gambar swafoto dan wefie sebagai kenangan meraikan hari kemenangan yang mulia. Menariknya, foto-foto ini akan di muat naikkan di media sosial hari ini seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan pelbagai ucapan dan hashtag.

5. Makan juadah Hari Raya

Pelbagai juadah yang enak tersedia untuk dijamu bersama keluarga setelah tamatnya sesi bersalam-salaman dan bergambar kenangan. Antara menu yang terhidang di pagi raya seperti nasi dagang, nasi briyani, ayam masak merah, sate, ketupat, lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang, biskut raya dan banyak lagi.

6. Ziarah kubur

Kebanyakkan keluarga akan mengziarahi kubur selepas selesai menunaikan solat sunat hari raya. Selain membersihkan kubur, mereka akan menyedekahkan bacaan Yaasin dan al-Fatihah buat insan tersayang yang telah meninggal dunia.

7.Kunjungi rumah saudara mara dan jiran

Dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim, amalan kunjungi mengunjungi sanak saudara dan jiran tetangga menjadi salah satu aktiviti wajib terutamanya di hari raya.
tetangga. Jika tidak sempat di hari raya pertama, amalan tradisi ini akan dilakukan pada hari-hari seterusnya.

azlan-150x150 7 Aktiviti Ini Akan Menceriakan Hari Raya Pertama Anda!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #7 Aktiviti Menceriakan Hari Raya #Aidilfitri 2017 #Aktiviti Biasa Di Hari Raya Pertama #Hari Raya Aidilfitri Pertama #nak buat apa raya pertama?

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "7 Aktiviti Ini Akan Menceriakan Hari Raya Pertama Anda!"