6 Tanda Ini Buat Anda Tak Kaya-Kaya! No 3 Selalu Anda Buat!

6 Tanda Ini Buat Anda Tak Kaya Kaya

Salah satu impian setiap manusia di muka bumi ini adalah untuk menjadi kaya-raya selain berjaya dalam hidup.

Untuk merealisasikan impian berkenaan, pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi.

Namun, impian tersebut akan menjadi sekadar cerita dongeng jika anda mempunyai tanda-tanda ini.

Dipetik dari laman Business Insider, penulis senaraikan 6 tanda yang boleh membuatkan anda tidak menjadi kaya-raya. Let’s find out!

1. Bekerja Keras Bukan Bekerja Cerdas

Tidak dinafikan bekerja keras sangat tetapi lagi penting adalah bekerja cerdas. Menurut penasihat kewangan, bekerja keras tidak membuatkan anda jadi kaya kerana wangnya tidak cukup jika sekadar menggunakan tenaga semata-mata tetapi juga perlu memakai akal fikiran. Lantaran itu, anda perlulah memikirkan cara pintar untuk membiakkan wang yang diperolehi seperti melabur untuk memanfaatkan beberapa peluang pada masa depan.

2. Fokus Jimat Wang Dari Tingkat Pendapatan

Untuk menjadi kaya, anda dinasihatkan untuk menyimpan banyak wang atau menabung. Namun, jangan hanya fokus kepada menjimatkan wang sahaja sehingga tidak meningkatkan pendapatan lain. Hal ini kerana, cara terbaik untuk membiakkan wang anda adalah dengan sentiasa meningkatkan pendapatan.

3. Membazir Dengan Benda Yang Tidak Perlu

Demi mengejar gaya hidup, terdapat segelintir manusia suka menghabiskan wangnya pada benda-banda yang tidak perlu atau tidak penting sehingga menjejaskan kewangan mereka. Oleh itu, mereka akan dibelenggu dengan banyak ansuran atau hutang yang menyukarkan untuk menjadi kaya-raya.

4. Puas Dengan Gaji

Buat mereka yang berpuas hati dengan pendapatan sedia ada cenderung mengalami kesulitan untuk menjadi kaya. Ini kerana mereka tidak mencuba membuat lebih banyak wang. Jika anda merasa gaji kurang, mulailah berunding dengan pihak atasan atau mencari pekerjaan lain selain menghasilkan wang tambahan seperti kerja sambilan.

5. Tidak Keluar Pada Zon Selesa

Anda mungkin pernah mendengar atau mendapat nasihat tentang keluar dari zon selesa adalah satu cara untuk meraih kejayaan. Hal ini memang ada kebenarannya. Orang yang suka mencuba sesuatu yang baru, mengatasi segala ketakutan dan mengira risiko dengan keluar dari zon selamat secara umumnya mempunyai lebih banyak wang.

6. Tiada Tujuan Kewangan

Ini merupakan salah satu kesilapan buat yang tidak mempunyai matlamat kewangan meskipun rajin menyimpan atau menambung wang. Jika anda mempunyai tujuan atau matlamat, motivasi untuk bekerja dan mengumpul wang adalah lebih tinggi. Untuk itu, segeralah cari matlamat kewangan anda lalu selaraskan kerja dan tabungan untuk mencapainya.

azlan-150x150 6 Tanda Ini Buat Anda Tak Kaya-Kaya! No 3 Selalu Anda Buat!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #amalan penyebab anda lambat kaya #kenapa anda tidak dimurahkan rezeki #macam mana nak kaya #Perkara Yang Menyebabkan Anda Tidak Kaya-Raya #Sebab kenapa peniaga melayu lambat sangat kaya #selalu tak cukup duit #Tanda-Tanda Anda Tidak Akan Kaya-Raya #tips mahu kaya raya

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.