Talking about beauty, Izara Aishah is definitely the one! Bukan sahaja berbakat besar dalam dunia lakonan dan modeling, naib johan Dewi Remaja 2010 ini juga memiliki kecantikan yang menawan dan mempesonakan.
No wonderlah, banyak syarikat-syarikat kosmestik dan kecantikan ternama ingin menjadikannya sebagai duta produk mereka.
Malah, wajahnya seringkali menjadi pilihan utama sebagai penghias muka depan majalah fesyen dan gaya hidup tempatan.
Dipetik dari EH!, ini 6 rahsia kecantikan disebalik Izara Aishah yang boleh anda jadikan inspirasi. Selamat mencuba!
1. Rajin Bersih Muka
“Saya selalu bersihkan muka dan mengguna pelembap wajah. Amalan ini menjadi sebahagian rutin harian saya,” katanya.
2. Guna Produk Berkualiti Untuk Rawatan Rambut
“Untuk kecantikan rambut, saya gunakan syampu dan perapi yang berkualiti. Paling penting, kurangkan penggunaan pengering rambut dimana boleh merosakkan rambut kita,” jelasnya.
3. Amalkan Air Buah-buahan
“Mengalami kemuntahan apabila meminum air putih atau kosong, saya amalkan meminum air buah-buahan seperti pengambilan pati buah prune untuk kesihatan,” katanya.
4. Ganti Senaman Dengan Menari
“Saya gemar menari dan itulah cara saya bersenam. Saya akan menari secara rutin dan konsisten sekurang-kurangnya satu jam setiap hari,” jelasnya.
5. Elak Cahaya Matahari
“Elakkan daripada terdedah dengan cahaya matahati terlalu lama dan kurangkan penggunaan alat solek atau mekap,” katanya.
6. Jangan Cepat Marah
“Jangan cepat marah kerana kata orang, mereka yang mudah marah akan cepat tua,” jelasnya.
Tags: #6 Rahsia Izara Aishah Kelihatan Cantik #cantik seperti Izara Aishah #izara aishah #izara aishah 2017 #petua kecantikan Izara Aishah #tampil cantik macam Izara Aishah #tips kecantikan Izara Aishah