1) Kanser Usus dan Dubur
Kanser usus dan dubur merupakan antara jenis penyakit paling kerap menyerang golongan lelaki. Kanser ini juga dikenali sebagai kanser kolon dan mengikut kajian, lelaki perokok lebih ramai meninggal dunia akibat kanser kolon berbanding mereka yang tidak merokok. Selain itu, pengambilan makanan berlemak yang kerap dan makanan rendah serat juga menjadi antara faktor kanser kolon menyerang. Jika anda dalam linkungan 30-an dan mempunyai berat badan berlebihan lakukan senaman atau jalani gaya hidup aktif agar berat badan anda stabil kerana obesiti juga mampu meningkatkan risiko serangan kanser ini, kanser kolon biasanya menyerang lelaki berusia 40 tahun ke atas.
2) Penyakit Batu Karang
Kira-kira 10% lelaki berdepan masalah batu karang yang kebiasaannya menyerang lelaki berusia 30-an ke atas. Penyakit ini berlaku apabila kepekatan tinggi bahan-bahan tertentu dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang digelar ‘penghalang’ yang bertindak menghalang pembentukan batu karang. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasanya terjadi kepada lelaki yang kurang minum air kosong menyebabkan dehidrasi. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan yang tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Namun apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kalenjar prostat, takungan takungan air kencing akan menyebabkan berlaku jangkitan.
3) Serangan Jantung
Penyakit ini paling digeruni lelaki, kalau dahulu penyakit ini hanya menyerang golongan yang berusia 50-an tetapi kini tiada lagi. Ramai yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat menyebabkan penyakit tersebut tidak mengenal usia dan menjadi pembunuh utama sehingga ada yang berusia 30-an sudah berdepan penyakit yang paling ditakuti. Sebab utama serangan jantung ialah dinding dalam saluran darah menjadi sempit akibat dipenuhi lemak terutamanya kolesterol hingga mengakibatkan bekalan darah ke otot-otot tidak mencukupi untuk itu kurangkan makanan berminyak selain aktiviti bersenam. Antara simptom yang boleh dikenali termasuk lidah atau gusi menjadi bengkak, ini berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. Segeralah bertemu doktor. Malah mereka yang pernah mengalami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher, ketidakselesaan itu merebak daripada dada atau bahu ke leher anda.
4) Parkinson
Anda perlu berwaspada jika sudah mempunyai tanda-tanda seperti berikut; menggeletar pada jari tangan dan kaki, rahang dan muka serta pergerakan menjadi perlahan itu merupakan symptom Parkinson menyerang. Malah, kajian mendapati kira-kira 5% pesakit mula diserang Parkinson sebelum mencecah 40 tahun malah, dianggarkan jumlah pesakit melonjak dalam tempoh 10 tahun berdasarkan jangka hayat penduduk yang semakin panjang.
5) Kanser Prostat
Kanser prostat ialah ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini membiak perlahan sehingga penghidap tidak mengalami sebarang simptom atau menyedari kewujudannya. Lama-kelamaan ia akan membesar serta mengelilingi prostat. Jika tidak ‘dibunuh’ segera, ia boleh merebak ke tulang belakang sekaligus mengundang risiko lebih besar. Kanser prostat lazimnya menyerang lelaki yang berusia lebih 50 tahun malah semakin tua usia, semakin mudah diserang kanser ini. Lebih 80 peratus kanser prostat didiagnosis pada lelaki yang berumur 65 tahun ke atas. Dalam kalangan pesakit kanser prostat di negara ini, kaum Cina merekodkan bilangan tertinggi dibandingkan Melayu dan India. Ia juga melibatkan sejarah penyakit keturunan di mana mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser berkenaan lebih terdedah kepada risiko menghidapnya. Kurang memakan sayuran dan buah-buahan serta pengambilan daging merah dan produk tinggi lemak turut didapati meninggikan risiko mendapat kanser prostat, selain faktor kegemukan dan merokok. Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah kencing terlalu kerap, tidak puas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing dan terasa sakit ketika ejakulasi. Saringan kanser prostat disarankan bagi lelaki yang berumur 50 tahun keatas dan mempunyai risiko.
6) Mati Pucuk
Penyakit kedua yang memerlukan perhatian kaum lelaki ialah mati pucuk atau erectical dsyfunction (ED). Mungkin ada yang tersenyum mendengar nama penyakit ini namun ianya sesuatu yang serius dan pengidapnya kerap kali melalui kehidupan sengsara dalam diam. Banyak rumahtangga yang musnah atau berhadapan dengan krisis teruk akibat penyakit ini. Mati pucuk merujuk kepada ketidakupayaan dalam memperoleh dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks. Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang melakukan aktiviti fizikal.
Tags: #kanser kolon #kanser prostat #Kanser Usus dan Dubur #Parkinson #Penyakit Batu Karang #penyakit lelaki #penyakit lelaki seawal 30 tahun #Penyakit Pembunuh Lelaki #Serangan Jantung