6 Cara Mudah Ini Untuk Mengambil Hati Bakal Mentua. Korang Wajib Baca!

Mengambil Hati Bakal Mentua

Teruja dan gugup. Itulah dua perasaan yang akan terjadi buat pasangan yang hangat bercinta apabila bertemu dan bersua muka dengan bakal mertua masing-masing.

Disebabkan terpengaruh dengan perasaan sendiri, kadang-kala boleh menimbulkan kesilapan di depan calon mertua anda.

Justeru, pelbagai persediaan perlu dilakukan oleh anda dan pasangan sebelum sesi bertemu orang tuanya kerana ini boleh menjadi titik permulaan dalam hubungan jangka panjang yang serius.

Nah, ini 6 cara mudah untuk mengambil hati bakal mertua anda. Take a look!

1. Beri Tanggapan Pertama Yang Baik

Tanggapan pertama merupakan segala-galanya buat calon mertua. Anda tidak perlu berasa gementar atau gugup kerana ianya mudah dilakukan. Di sinilah, anda perlu bersikap ramah dan mesra dengan calon mentua serta ahli keluarganya. Senyum dan berbicaralah seperti biasa dimana anda tertarik untuk mengenali mereka.

2. Cari Persamaan Antara Anda Dengan Bakal Mentua

Mencari persamaan antara anda dengan bakal mentua adalah cara yang paling bijak untuk disukai dan diterima oleh mereka seperti makanan kegemaran, tempat percutian atau muzik kesukaan. Anda disarankan melakukannya diawal perbualan bersama mereka. Sekiranya terdapat perbezaan, lebih baik anda tidak terlalu banyak memberikan perhatian atau mencetuskan konflik.

3. Tanya Pada Pasangan

Persiapan sangat penting dalam melakukan apa sahaja perkara dalam hidup kita lebih-lebih apabila pertama kali berjumpa dan berbicara dengan bakal mentua. Sebelum berjumpa dengan mereka, apakata anda bertanya dan berbincang dengan pasangan tentang calon mentua serta mintalah petunjuk yang membolehkan anda dan pasangan mencapai tujuan bersama. Anda boleh bertanya tentang hobi, tabiat atau kesukaan mereka.

4. Jaga Tingkahlaku Anda

Anda diingatkan supaya mengawal tingkahlaku semasa sesi bertemu calon mentua. Selain sopan santun dan menyenangkan, anda perlu menjaga bahasa dan menghormati orang tuanya. Paling penting, jangan terlalu selasa pada perjumpaan pertama. Apabila sudah lama mengenali mereka, anda bolehlah bersikap santai dan menjadi diri sendiri.

5. Pelajari Tradisi Keluarga

Setiap keluarga pastinya mempunyai tradisi atau peraturan tersendiri sejak zaman berzaman. Tidak ketinggalan, keluarga pasangan anda. Inilah masanya untuk mengetahui segala tradisi, pantang larang dan salasilah keluarga buah hati kesayangan. Cara ini sedikit sebanyak menunjukkan anda berusaha untuk mengenali dan ingin menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

6. Puji Pasangan Anda

Last but not least, tidak ada salahnya jika anda memuji pasangan di depan ibu bapanya seperti pandai memasak, atau bijak menguruskan masa dan wang. Kalau nak tahu, bakal mertua ingin melihat jika anda menghargai serta mengetahui tentang prestasi dan kegemaran anaknya.

azlan-150x150 6 Cara Mudah Ini Untuk Mengambil Hati Bakal Mentua. Korang Wajib Baca!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #ambil hati bakal mertua #bagaimana menghadapi bakal mertua #bertemu bakal mertua #Cara Mengambil Hati Mertua yang Paling Ampuh #Cara Paling Mudah Jadi Menantu Kesayangan #cara pikat bakal mertua #Cara Pikat Hati Mak Mertua Seumur Hidup #Cara-cara memikat hati bakal ibu mertua #Jadi Menantu Yang Favourite #Kaedah Mudah Ambil Hati Calon Mertua #Petua Ambil Hati Bakal Mertua #Tidak susah nak ambil hati mertua dan bakal mertua #Tips Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali #Tips Mengambil Hati Mertua #Tips Mengambil Hati Mertua Agar Menjadi Menantu yang Disayangi #Tips Mudah Ambil Hati Bakal Mertua #Tips Perkahwinan #Tips Untuk Mengambil Hati Mak Mertua

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.