6 Benda Ini TIDAK PERLU Dibawa Anda Ketika Pergi Bercuti!

6 Benda Ini TIDAK PERLU Dibawa Anda Ketika Pergi Bercuti!

Sesekali berpeluang bercuti dan bersantai bersama keluarga tersayang serta kawan-kawan pastinya menyeronokkan.

Inilah masa yang sesuai untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara satu sama lain sambil menikmati keindahan dan tarikan destinasi percutian pilihan anda.

Sebelum pergi bercuti, segala barang-barang keperluan dikemas rapi dalam bagasi sehingga tiada sesuatu yang tertinggal.

Namun begitu, tidak bermakna anda perlu membawa semua benda di dalam rumah semata-mata ingin bercuti.

Dipetik dari laman Cosmopolitan Indonesia, penulis senaraikan 6 benda yang perlu dibawa oleh anda saat pergi bercuti. Check it out!

1. Produk Mandian Diri

Jangan biarkan beg atau bagasi anda dipenuhi dengan produk-produk mandian seperti syampu, pelembap rambut, sabun badan dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan para pembaca, semua produk berkenaan akan disediakan oleh pihak hotel yang telah ditempah anda. Sekiranya anda perlu membawanya, isikan ke dalam botol yang bersaiz kecil supaya tidak membazirkan ruang simpanan dalam bagasi.

2. Barang Kemas atau Barang Penghiasan Yang Berharga

Anda pastinya ingin kelihatan menarik dan bergaya semasa bercuti dengan memakai kalung atau barang kemas kesukaan. Walaubagaimanapun, cuba pertimbangkan semula hasrat berkenaan jika tidak mahu barang kemas anda hilang atau dicuri orang yang tidak bertanggungjawab. Ingat, anda ke sana untuk bercuti bukannya mempamerkan segala aksesori berharga.

3. Gadjet

Anda disyorkan agar tidak perlu membawa semua alatan gadjet saat melancong. Jika satu telefon pintar boleh membuatkan anda bersambung pada internet, kenapa perlu bersusah-payah membawa laptop atau tablet. Sekiranya membawa banyak alatan gadjet, pastinya anda perlu membawa semua pengecasnya yang sedikit sebanyak mengehadkan tempat simpanan bagasi.

4. Buku

Pernahkah anda terbayang-bayang untuk berjemur sambil membaca buku saat bercuti ke destinasi pelancongan impian? Realitinya, anda tidak akan sempat membaca buku ketika melancong dek kerana fokus dan teruja mengenai tempat-tempat yang bakal dikunjungi nanti. Daripada membazirkan ruang simpanan dengan buku-buku yang tidak dibaca, sebaik-baiknya anda memanfaatkan masa bercuti dengan menerokai cara hidup dan adat budaya lokasi yang dilawati.

5. Kasut

Elakkan diri anda daripada membawa banyak kasut beraneka model semasa dalam percutian. Seelok-eloknya, anda disarankan membawa dua jenis kasut yang selesa untuk berjalan-jalan dan sesuai digunakan di majlia format atau santai.

6. Alat Senaman

Benda terakhir yang tidak boleh dibawa saat melancong adalah alat senaman. Jangan bimbang, kebanyakan hotel menyediakan kemudahan gimnasium buat anda yang suka bersenam dan menjalani gaya hidup sihat.

azlan-150x150 6 Benda Ini TIDAK PERLU Dibawa Anda Ketika Pergi Bercuti!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #apa lagi yang perlu bawa pergi bercuti #Barang Penting Yang Perlu Dibawa Ketika Travel #barang untuk pergi melancong #Barangan Yang Tidak Perlu Dibawa Ketika Melancong #benda tak patut bawa ketika melancong #Benda Yang Tidak Perlu Dibawa Saat Bercuti #bercuti #melancong #pergi melancong #tak perlu bawa apa pergi bercuti #Tips Bawa Barang Penting ketika Bercuti

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.