Tahun 2017 sudah hampir melabuhkan tirainya manakala tahun 2018 bakal menjelma tidak lama lagi.
Di samping mengemaskini azam tahun baharu, jangan lupa untuk mempersiapkan pakaian atau outfit dalam almari anda dengan pelbagai rekaan dan warna yang trending pada tahun depan.
Buat penggemar fesyen atau fesyenista di luar sana, inilah 5 warna yang bakal menjadi trend fesyen pada tahun 2018. Penasaran? Jom baca artikel di bawah!
1. Jingga/Orange
Jingga atau orange adalah salah satu daripada lima warna yang bakal menjadi trend fesyen pada tahun depan. Warna ini digunakan oleh beberapa pereka fesyen antarabangsa seperti Marc Jacobs, Tom Ford dan Calvin Klein di pentas peragaan bagi koleksi musim bunga (spring) 2018.
Dengan nuasa yang terang seperti kon trafik, warna ‘pop’ ini digunapakai dalam setiap rekaan pakaian dan beg. Buat anda yang biasa dengan warna-warna lembut atau selamat, inilah masa yang sesuai untuk menggenakan pakaian yang berwarna terang supaya kelihatan lebih daring dan fashionable.
2. Mustard
Warna kedua yang bakal menjadi kegilaan pada tahun 2018 adalah warna mustard atau kuning lemon. Kalau nak tahu, warna ini boleh membuatkan penampilan seseorang itu lebih ceria dan menarik. Buat yang tidak berani untuk menggenakan pakaian berwarna terang ini, apakata anda mencuba pakaian bermotifkan bunga-bungaan bernuasa mustard terlebih dahulu. Selain itu, anda juga boleh memakai aksesori, beg tangan, topi atau kasut yang berwarna kuning lemon ini.
3. Lavender
Seterusnya, warna yang akan hit pada tahun depan adalah lavender atau ungu muda lembut. Seperti yang anda semua tahu, warna lavender akan membuatkan si pemakainya kelihatan cukup manis sekaligus menyerlahkan sisi elegan. Realitinya, kombinasi warna lavender bersama mint sangat popular dalam aliran fesyen gaya jalanan oleh para blogger fesyen hari ini.
4. Merah Jambu/Pink
Buat anda yang menggemari warna merah jambu atau pink, jangan risau warna lembut berkenaan diramalkan masih lagi hangat pada tahun 2018. Malah, pereka fesyen terkemuka dunia, Tom Ford dan Prabal Gurung turut menampilkan warna merah jambu yang feminim dalam setiap koleksi terbaharu mereka pada tahun hadapan.
Untuk info, kaedah terbaharu dalam menggenakan pakaian berwarna lembut seperti merah jambu adalah dengan menggabungkannya dengan warna merah seperti aksesori, scarf atau clutch.
5. Neutral
Meskipun dikuasai warna-warna terang dan cerah, warna-warna neutral tetap menjadi pilihan dalam trend fesyen 2018. Antara warna neutral yang masih ‘in’ pada tahun depan adalah krim, coklat dan kelabu. Paling penting, warna-warna ini merupakan warna selamat di mana boleh dipakai di majlis format atau santai serta disuaipadan dengan warna-warna yang lain seperti putih dan hitam.
Tags: #fesyen 2018 #fesyen trending 2018 #Fesyenista 2018 #lavender #mustard #natural #orange #pink #Trend Fesyen Tahun 2018 #Warna Fesyen 2018 #warna pilihan 2018 #Warna Trend Fesyen 2018