5 Tips Putihkan Gigi Yang Boleh Anda Cuba Dirumah!

5 Tips Mudah Putihkan Gigi Yang Boleh Anda Cuba Dirumah!

Kebanyakan netizen menyatakan bahawa gigi yang putih dan sihat boleh membuat senyum seseorang kelihatan lagi manis dan menawan.

Bahkan, segelintir daripadanya sanggup berhabis ratusan ringgit di klinik-klinik pergigian semata-mata untuk mendapatkan gigi yang putih dan bersih.

Buat yang tidak mempunyai masa untuk mendapat rawatan gigi, terdapat pelbagai cara lain yang mudah dan murah bagi memutihkan gigi anda.

Dipetik dari portal Bright Side, inilah 5 tips mudah putihkan gigi yang boleh anda cuba dirumah. Let’s find out!

1. Lidah Buaya

Siapa sangka, lidah buaya boleh dijadikan sebagai pemutih gigi selain merawat kulit wajah dan rambut. Semudah ABC, oleskan gel lidah buaya pada gigi lalu diberus dengan menggunakan berus gigi seperti biasa. Lakukan 2 atau 3 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memberangsangkan.

2. Arang

Tahukan anda, Arang atau Charcoal mempunyai kuasa pembersihan yang mendalam serta berfungsi sebagai penyahtoksin semula jadi di mana sangat bagus untuk memutihkan gigi kita semua. Campurkan arang ke dalam bekas berisi air dan kacau sehingga menjadi cecair pekat.

Sapukan cecair pekat berkenaan diseluruh kawasan gigi dan biarkan seketika selama 3 hingga 5 minit. Setelah siap, cuci gigi anda seperti biasa dengan menggunakan berus dan ubat gigi pilihan anda. Seelok-eloknya, sila praktiskan amalan ini seminggu sekali untuk mendapatkan gigi yang putih bersinar.

3. Air Perahan Lemon

Ubat kumur habis? Jangan risau! Apakata gantikan ubat kumur dengan air perahan lemon yang terdapat di rumah anda. Tidak hanya memutihkan gigi, air perahan lemon juga boleh mengharumkan nafas anda supaya sentiasa segar dan wangi. Cukup sekadar berkumur 2 hingga 3 kali seminggu selepas menggosok gigi anda. Mudah bukan!

4. Kulit Pisang

Sekiranya anda memakan buah pisang, janganlah sewenang-wenang membuang kulitnya sebegitu sahaja mulai hari ini. Kalau anda nak tahu, kulit pisang juga memiliki kehebatannya tersendiri buat kehidupan manusia. Salah satunya, dapat menghilangkan plak yang menempel pada gigi sekaligus memutihkan gigi kita semua.

Caranya, gosokkan gigi anda dengan bahagian dalam kulit pisang kira-kira 5 hingga 7 minit sebelum dibersihkan dengan berus gigi seperti biasa. Untuk kesan yang semaksimal, lakukannya 2 hingga 3 kali seminggu.

5. Minyak Kelapa

Tidak dinafikan, minyak kelapa memiliki 1001 khasiat yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan manusia serta dimanfaatkan sejak daripada zaman nenek moyang lagi. Jangan khuatir, minyak kelapa juga boleh digunakan untuk memutihkan dan membersihkan gigi.

Sapukan minyak kelapa pada gigi dan biarkan sebentar selama 15 hingga 20 minit. Setelah siap, berus gigi anda dengan ubat gigi seperti biasa. Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali seminggu untuk memperolehi gigi yang sihat, bersih dan putih.

azlan-150x150 5 Tips Putihkan Gigi Yang Boleh Anda Cuba Dirumah!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Arang putihkan gigi #Cara Ampuh Memutihkan Gigi Hingga Putih Bersinar #cara memutihkan gigi alami dan permanen #Cara Memutihkan Gigi Dalam Waktu 2 Menit Saja #cara memutihkan gigi dengan baking soda #cara memutihkan gigi dengan jeruk nipis #cara memutihkan gigi dengan kulit pisang #Cara Memutihkan Gigi Kuning secara Alami dan Cepat #cara memutihkan gigi secara alami dalam waktu 1 minggu #Cara Memutihkan Gigi yang Kuning Secara Alami #Cara Mudah Putihkan Gigi Di Rumah #Cara Mudah Putihkan Gigi Dirumah #cara putihkan gigi guna garam #cara putihkan gigi tanpa perlu berbelanja #gigi #Petua Memutihkan Gigi #Petua Mudah Gigi Putih #Petua Putihkan Gigi #Putihkan Gigi Anda #putihkan gigi sendiri #Tips Memutihkan Gigi #Tips Petua Putihkan Gigi Kuning Guna Bahan Semulajadi #Tips Putihkan Gigi Anda #Tips Putihkan Gigi Tanpa Pembaziran Wang

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.