5 Tips Mudah Atasi Masalah Telefon Pintar Menjadi Slow & Lembab!

Telefon Slow Dan Lembab

Sistem operasi telefon pintar berasaskan Android telah menjadi peranti yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kita.

Daripada berkomunikasi dan menghantar mesej sehingga merakamkan gambar dan video kenangan, kewujudan teknologi ini memberikan kemudahan dan keselesaan kepada manusia pada hari ini.

Disebalik kecanggihan gajet ini, pasti akan berlakunya masalah kelembapan dan ketidakupayaan pada telefon berkenaan sehingga menjejaskan aktiviti harian atau pekerjaan si pengguna.

Dipetik daripada portal Hipwee.Com, penulis kongsikan 5 tips mudah atasi masalah kelembapan pada telefon pintar android anda. Take a look!

1. Hapuskan Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Setiap daripada pengguna telefon pintar pastinya mempunyai beberapa aplikasi yang tidak pernah diguna atau tidak dipakai langsung. Bukan sahaja memakan memori dalaman, aplikasi-aplikasi ini akan memberi kesan kelembapan terhadap prestasi telefon pintar.

Jika mahu smartphone kembali lancar dan efisien, sila hapuskan aplikasi yang tidak digunakan dalam telefon anda dengan segera. Meninggalkan ruang memori yang kecil pada telefon sangat berbahaya kerana ianya boleh menyebabkan random reboot atau mati dengan sendiri.

2. Bersihkan Memory Internal

Memory Internal atau memori dalaman tidak hanya digunakan untuk menyimpan aplikasi malah segala butiran fail yang kita muat turun daripada pelbagai laman web. Lazimnya, ianya akan tersimpan secara default dalam memory internal pada telefon pintar anda.

Justeru, anda diminta untuk memeriksa dan memadam apa jua fail yang tidak digunakan di dalam memory internal. Semakin banyak kandungan terdapat pada memory internal, semakin perlahanlah keupayaan sesebuah telefon pintar android anda.

3. Bersihkan Cache

Cache adalah memori sementara yang tersimpan pada aplikasi dan ditugaskan untuk mempercepatkan proses membuka sesuatu aplikasi serta menyimpan segala butiran masuk (login). Kadang-kala anda akan menemui beberapa aplikasi yang rosak (crack) apabila dibuka. Dengan menghapuskan cache tersebut menjadi solusi mudah untuk memperkasakan lagi telefon pintar anda.

Di samping itu, cache yang tersimpan pada memory internal boleh mengurangkan kelajuan android anda. Untuk info, kepada pemilik telefon pintar android biasanya akan menerima amaran atau mesej peringatan jika jumlah cache terlalu banyak serta meminta anda untuk membersihnya secepat yang mungkin.

4. Pastikan Prestasi SD Card Pada Telefon Pintar

Walaupun tidak semua telefon pintar mendukung SD Card, namun ianya boleh memperlahan keupayaan android apabila dipengaruhi oleh memori luaran ini. Sila periksa prestasi atau format semula SD Card yang digunakan agar berfungsi dengan sebaik-baiknya. Jangan lupa untuk menyimpan data-data penting anda sebelum memformat SD Card supaya tidak menyesal di kemudian hari.

5. Guna Factory Reset

Sekiranya semua cara telah digunakan anda untuk memulihkan prestasi telefon pintar android tidak membawa hasil yang baik, seelok-eloknya mencuba tetapan factory reset. Setiap telefon pintar mempunyai tetapan factory reset yang berfungsi untuk memulihkan segala tetapan dalam gadjet ini seperti sedia kala.

Malangnya, jika anda menggunakan tetapan ini, segala data dan aplikasi anda akan hilang dan menjadi seperti telefon pintar yang baharu sahaja dibeli di pasaran. Sekali lagi, simpan data-data atau fail penting anda sebelum menekan tetapan factory reset.

azlan-150x150 5 Tips Mudah Atasi Masalah Telefon Pintar Menjadi Slow & Lembab!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Bagaimana Menjadikan Peranti Android Anda Kembali Laju #cara lajukan internet digi #cara lajukan internet maxis android #cara lajukan internet umobile #cara melajukan internet android #cara melajukan internet maxis #Cara Mudah Atasi Kelembapan Telefon Pintar Android Anda #cara nak lajukan internet celcom #Handphone Jadi Slow #Kenapa Handphone Hang #Langkah Lajukan Prestasi Telefon Android Anda #naik taraf versi android #Phone slow #Smartphone Android jadi slow #storan telefon penuh #Telefon Android Dah Lembab #Tips melajukan Android #Tips Mudah Cegah Kelembapan Telefon Pintar Android

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.