5 Tips Mudah Agar Beg Anda Selamat, Tidak Hilang Ketika Melancong!

Elak Beg Travel Hilang

Selain diri sendiri dan ahli keluarga, keselamatan beg atau bagasi juga perlu dititikberatkan ketika melancong.

Kehilangan beg saat bercuti pastinya mengundang kesulitan dan merosakkan mood percutian anda.

Nah, ikuti 5 tips mudah ini agar beg anda selamat dan tidak hilang ketika bercuti. Take a look!

1. Gantungkan Tag Nama & Nombor Telefon

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda disarankan untuk mengantungkan tag yang mengandungi nama penuh dan nombor telefon peribadi atau keluarga. Sila kuncikan beg anda dengan mangga atau padlock supaya beg anda selamat dan tidak dibuka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

2. Daftar Masuk Penerbangan Seawal Mungkin

Seterusnya, mendaftar masuk penerbangan seawal mungkin boleh mengurangkan risiko kehilangan beg anda. Ini kerana, anda mempunyai banyak masa untuk memasukkan beg ke dalam pesawat.

3. Guna Pelekat Atau Riben Warna Cerah Pada Beg

Tersilap beg akibat warna dan bentuk ynag sama sering terjadi di lapangan terbang. Oleh itu, kreativitikan minda anda dengan mengikat riben atau pelekat berwarna terang supaya mudah dikenalpasti terutamanya ketika bahagian tuntutan bagasi nanti.

4. Semak Dengan Pembantu Penerbangan

Sebagai pengguna, anda boleh meminta pembantu penerbangan untuk menyemak tag destinasi pada beg anda. Meskipun nampak cerewet tetapi ianya sedikit sebanyak membawa kebaikan kepada anda kelak.

5. Ambil Beg Sebaik Tiba Di Destinasi Dituju

Sebaik-baiknya, anda perlu mengambil beg secepat yang mungkin selepas mendarat di airport. Jangan biarkan beg terlalu lama di atas carousel sementara anda membuat sebarang panggilan telefon atau berehat seketika di bangku yang disediakan setelah kepenatan mengharungi penerbangan yang lama.

Sumber: Harian Metro
azlan-150x150 5 Tips Mudah Agar Beg Anda Selamat, Tidak Hilang Ketika Melancong!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara elak beg hilang dalam bagasi #cara supaya beg tak hilang semasa melancong #Keselamatan Bagasi Anda Ketika Melancong #tips elak beg hilang #Tips Elak Kehilangan Beg Ketika Bercuti #Tips Keselamatan Beg Saat Bercuti

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.