Di era modenisasi ini, powerbank adalah salah satu peranti yang wajib dimiliki oleh seluruh pengguna gajet di luar sana.
Keperluan ini terjadi kerana kebanyakan gajet pada masa kini hanya mampu bertahan beberapa jam setelah digunakan disebabkan ciri-cirinya yang memerlukan lebih banyak tenaga.
Kewujudan teknologi seperti powerbank sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah dalam kalangan manusia.
Tips Membeli Powerbank Di Pasaran
Bagi sesiapa yang mahu membelinya, berikut 5 tips buat anda yang ingin beli powerbank di pasaran. Jom semak artikel di bawah!
1. Teliti Kapasiti Powerbank
Sebelum membeli powerbank, perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah tentang kapasiti kuasa yang terdapat pada alat berkenaan. Dengan cara ini, anda boleh melakukan pengisian tenaga secara semaksimun mungkin. Ingat, kapasiti sesebuah powerbank kadang-kala tidak sama dengan kapasiti yang dilabel pada alat tersebut. Oleh itu, pilihlah berkualiti dari jenama terkenal kerana pada lazimnya powerbank yang berkualiti memiliki keupayaan kuasa sebenar yang hampir 100% daripada label.
2. Aksesori Powerbank
Powerbank mesti mempunyai aksesori lengkap seperti lampu indicator, penyambung (connectors), kabel A/C dan bateri original. Sila pastikan, powerbank yang bakal dibeli anda mempunyai aksesori-aksesori seperti diatas. Jangan risau, anda boleh mencuba terlebih dahulu untuk melihat kesempurnaan powerbank sebelum membelinya.
3. Perhatikan Ciri-Ciri Powerbank
Tips ketiga apabila membeli powerbank adalah dengan memerhatikan ciri-ciri yang dimiliki oleh alat pengecas berkenaan. Antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan anda adalah suhu tinggi (high temperature), perlindungan cas secara berlebihan (overchanging protection) dan perlindungan litar pintas (short circuit).
- Suhu Tinggi
– Sangat berguna untuk menimimunkan haba apabila suhu panas ketika proses mengecas telefon. - Perlindungan Cas Secara Berlebihan
– Berfungsi sebagai pelindung kepada telefon pintar anda disaat mengecas bateri terlalu lama dari waktu yang diperlukan. Telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi untuk mengalami penurunan prestasi bateri. - Perlindungan Litas Pintas
– Menjamin telefon pintar anda dari berlakunya kejadian terbakar semasa proses mengecas bateri dek kerana litar pintas arus elektrik.
4. Voltan Output
Dengan memerhatikan Voltan Output, anda dapat mengenalpasti aliran voltan masuk ke telefon pintar serta boleh meramalkan masa apabila mengecas. Kebanyakan powerbank di pasaran mempunyai voltan 1A dan 2A. Namun, cara yang paling terbaik adalah dengan menggunakan kabel USB asal ketika mengecas bateri telefon kerana voltan USB dari telefon pintar lebih stabil. Bahkan, ianya sangat berguna bagi menghindari naik turun voltan arus kuasa.
5. Waranti
Akhir sekali, sila pastikan powerbank yang hendak dibeli anda memiliki waranti rasmi sekurang-kurangnya satu tahun. Untuk pengetahuan para pembaca, waranti rasmi juga menjadi salah satu petanda bahawa produk berkenaan adalah powerbank yang asli dan berkualiti.
Tags: #5 Tips Cara Memilih Power Bank yang Bagus #Cara Beli Powerbank Di Pasaran #cara memilih power bank asli #Cara Memilih Power Bank Berkualitas Bagus tahan Lama #cara memilih power bank yang bagus dan awet #cara memilih powerbank yang bagus dan tahan lama #Cara Pilih Power Bank yang Tepat Untuk Smartphone #ciri ciri power bank yang bagus #Kaedah Betul Beli Powerbank Di Pasaran #merk powerbank yang bagus untuk hp samsung #power bank yang cocok untuk oppo #Tips Beli Powerbank #Tips Cara Memilih Power Bank Yang Berkualitas Bagus #Tips Membeli Powerbank Berkualiti #tips memilih power bank yang baik dan berkualitas