Ketika menuntut di menara gading, anda bukan sahaja memperolehi ilmu pengetahuan semata-mata bahkan didedahkan dengan pelbagai soft skill atau lebih dikenali sebagai kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa.
Percaya atau tidak, soft skill pada diri anda memainkan peranan utama dalam dunia kerjaya terutamanya buat graduan universiti pada masa kini.
Skill Yang Perlu Ada Dalam Diri Lepasan Universiti Sebelum Ke Alam Pekerjaan
Berikut, lima soft skill yang perlu ada pada lepasan universiti sebelum ke alam pekerjaan. Check it out!
1. Kerja Berpasukan (Team Work)
Kalau anda nak tahu, team work atau kerja dalam berpasukan merupakan salah satu soft skill yang paling diutamakan ketika di dunia kerjaya. Apabila kerja nanti, anda bukan sahaja bekerja seorang diri bahkan ditugaskan bersama-sama rakan sekerja untuk menyiapkan sesuatu tugasan pejabat.
Ketika di universiti, anda telah menjalani pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang bergelar mahasiswa di mana memerlukan anda untuk bekerja dalam satu pasukan dari membuat tugasan kuliah sehinggalah menjayakan acara-acara kampus.
2. Pembentangan
Siapa sangka, kemahiran dalam pembentangan yang acap kali dilakukan anda semasa di menara gading juga dimanfaatkan di alam pekerjaan. Kemahiran ini sedikit sebanyak melatih diri seseorang yang selalu gementar dan ketakutan apabila berbicara di hadapan orang ramai menjadi lebih yakin, selesa dan berani saat berkata-kata apabila melakukan pembentangan.
Sebagai seorang pelajar universiti, anda tidak boleh lari daripada tugasan yang memerlukan anda melakukan pembentangan sama ada secara individu atau berkumpulan.
3. Bijak Uruskan Masa
Selain kerja berpasukan dan pembentangan, soft skill yang diperolehi anda ketika menjalani kehidupan di universiti adalah bijak dalam menguruskan masa. Sebagai mahasiswa, anda dituntut untuk berdisplin dalam menguruskan masa seperti menghadiri kuliah atau menyertai aktiviti luar kuliah.
Malah, terdapat segelintir pensyarah yang menetapkan pelajarnya supaya tiba tepat pada waktu atau memberikan tempoh masa sekurang-kurangnya 15 minit jika ingin mengikuti kelasnya. Tidak dilupakan tarikh akhir untuk tugasan yang telah ditetapkan para pensyarah. Apabila sudah biasa dalam menguruskan masa, anda dapat mengaturkan urusan harian dan kerja dengan tepat dan berdisplin.
4. Berfikiran Kreatif
Keupayaan berfikir secara kreatif sangat diperlukan di dalam dunia kerjaya lebih-lebih lagi di pasaran global yang semakin kompetitif dalam menghasilkan pelbagai barangan dan perkhidmatan untuk menarik para pengguna dan pelanggan.
Menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah juga mempamerkan daya kreativiti anda sebagai pelajar universiti.
5. Penyelesaian Masalah
Semasa di menara gading, anda akan menghadapi pelbagai masalah yang memerlukan penyelesaian yang betul dan segera. Bermula dari menentukan perkara-perkara penting yang boleh ditulis dalam tugasan atau apabila menguruskan hal berkaitan perbelanjaan anda selama di universiti Kemahiran ini diperlukan anda apabila memasuki ke alam kerjaya bagi mengatasi masalah dan tugasan yang sulit di pejabat.
Tags: #alam pekerjaan #cari kerja #Kemahiran Insaniah Graduan Universiti #Kemahiran Insaniah Lepasan Universiti #kemahiran pekerjaan #kerja kerajaan #kerja kosong #kerja makan gaji #kerja swasta #lepasan universiti #Lepasan Universiti Sebelum kerja #Mahasiswa #memohon kerja #post graduate #sebelum mohon kerja #Soft Skill Yang Perlu Ada Pada Lepasan Universiti Sebelum Berkerjaya #Soft Skill Yang Perlu Anda Pada Graduan Universiti Sebelum Ke Alam Kerjaya