Jika sebelum ini, penulis senaraikan 5 artis wanita Malaysia berkahwin dengan jejaka muda. Untuk kali ini, penulis kongsikan pula tentang 5 selebriti wanita Indonesia yang berkahwin dengan jejaka kelahiran Malaysia. Jom semak artikel dibawah!
Siapa yang tidak mengenali artis versatil popular Indonesia bernama Bunga Citra Lestari ini. Mesra disapa BCL, figura ini menamatkan zaman solonya dengan pelakon dan model kelahiran Malaysia iaitu Ashraf Sinclair. BCL dan suaminya dinikah pada 8 November 2008 setelah menjalinkan hubungan jarak jauh selama hampir dua tahun.
Pasangan ini mula bertemu dan berkenalan antara satu sama lain apabila BCL datang ke Malaysia dalam satu acara di mana Ashraf bertanggungjawab sebagai pengacara program dan menemubual bintang filem Habibie berkenaan. Hasil perkahwinan tersebut, BCL dan pasangan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noal Aidan Sinclair.
2. Prisia Nasution
Selebriti Indonesia yang seterusnya mengikuti jejak Bunga Citra Lestari adalah aktres filem Sang Penari dan Intercharge iaitu Prisia Nasution. Pada 2016, Prisia atau nama lengkapnya Prisia Wulandari Nasution sah bergelar suri hati kepada pelakon popular Malaysia, Iedil Putra.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat rapat. Majlis pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini diadakan bertepatan dengan sambutan hari jadi Prisia ke 32 tahun pada 1 Julai 2016. Terdahulu, pengacara program World Kick Off ini pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Ananda Siregar pada 2007 sebelum bercerai pada 2012.
3. Kikan Namara
Setelah beberapa tahun menyandang gelaran janda, bekas vokalis kumpulan Cokelat, Namara Surtikarti atau lebih dikenali sebagai Kikan Namara akhirnya berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari Malaysia, Udzir Harris yang berperanan sebagai pengurus kerjaya seninya. Kikan dan Udzir mengikat tali perkahwinan pada 20 Disember 2015.
Sebelum berkahwin kepafa Udzir, Kikan pernah bergelar isteri kepada ahli kumpulan Dewa iaitu Yuke dan dianugerahkan dua orang cahaya mata, Shira Allegra Sampurna dan Kei Sampurna. Sayangnya, perkahwinan ini hanya mampu bertahan selama lima tahun sebelum pada Disember 2007.
4. Tya Arifin
Tanggal 1 November 2015 menjadi memori terindah buat Tya Arifin apabila selamat diijalkabulkan dengan usahawan muda kelahiran Malaysia, Asyraf Khalid pada 1 November 2015. Setelah berkahwin, bintang filem Garuda Superhero dan Gila Jiwa ini memutuskan untuk bermastautin di Malaysia bersama suami tercinta sehingga ke hari ini.
Pada 31 Mac 2017, Tya dan suami dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Arif Jiwa Asyraf. Untuk info, Tya merupakan menantu kepada ahli perniagaan terkemuka nehara, Dato’ Khalid Jiwa (Dato’ K) dan Dato Seri Siti Nurhaliza.
Jika anda pengemar filem Surga Yang Tak Dirindukan dan Surga Yang Tak Dirindukan 2, pastinya tidak asing dengan aktres cantik menawan iaitu Laudya Cynthia Bella atau akrab disapa Bella.
Dengan sekali lafaz, anak jati Bandung, Indonesia ini sah menjadi isteri kepada Engku Emran yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Bernama TV Synergy Sdn Bhd (Bernama News Chanel) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) di stesen radio, Suria.FM pada 8 September 2017.
Pasangan serasi ini mula rapat apabila dipertemukan oleh Nora Danish san suaminya, Nedim Nazri pada Mac 2017. Sama seperti Tya Ariffin, Bella juga memilih untuk menetap bersama sang suami di Malaysia. Untuk rekod, Engku Emran adalah bekas suami kepada primadona terkenal tanah air, Erra Fazira.
Tags: #artis wanita indonesia #Artis Wanita Indonesia Kahwin Dengan Lelaki Kelahiran Malaysia #bunga citra lestari #Engku Emran #kahwin jejaka malaysia #Kikan Namara #Laudya Cynthia Bella #orang indonesia kahwin orang malaysia #perkahwinan dua negara #Prisia Nasution #Selebriti Wanita Indonesia Kahwin Dengan Jejaka Kelahiran Malaysia #Tya Arifin