Masih anda ingat selebriti dan artis popular Malaysia yang berasal dari Felda, Kedah, Melaka, Perak dan Pahang yang telah disenaraikan oleh penulis sebelum ini?
Untuk kali ini, penulis senaraikan pula 5 selebriti popular Malaysia yang berasal dari Kelantan.
Selain Misha Omar, Nora Ariffin, Sabri Yunus, Fizo Omar dan Pekin Ibrahim, terdapat ramai lagi selebriti kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang melibatkan diri dalam bidang seni hiburan tempatan seperti penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan model. Siapa saja mereka? Take a look!
1. Neelofa
Nama Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa mula bersinar terang di lapangan seni hiburan tanah air selepas menjuarai program Dewi Remaja 2010/2011. Tidak hanya dikurniakan rupa paras yang cantik menawan malahan berbakat besar dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Pelbagai drama, telefilem dan filem telah dibintanginya termasuklah Red Velvet, Suri Hati Mr Pilot, Tahajjud Cinta, Dollah Superstar, Pilot Cafe, Azura, Dibah Lori dan Janji Jujur Sepi.
Di samping Meletop (Astro Ria), figura kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini pernah mengemudi program televisyen seperti Nona (TV3) dan Sekolahku Hebat (Astro Ceria).
Bukan itu sahaja, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2016 ini turut sukses dalam bidang perniagaannya yang dikenali sebagai Naelofar Hijab.
Sepanjang penglibatannya dalam lapangan seni dan bisnes, Neelofa banyak menerima pengiktirafan seperti Top Top Meletop di Anugerah Meletop ERA 2017, Artis Berpengaruh di Laman Sosial di ABPBH 2017, Heroin Throwbaek di Anugerah Throwbaek Drama 2017, Young Business Icons Online di Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 dan Anugerah Pencapaian Terbaik di Matrade Outstanding Achievements Awards 2016.
2. Izzue Islam
Buat peminat setia Fourteen, pastinya mengenali salah seorang ahli anggota kumpulannya iaitu Izzue Islam. Bersama tiga ahli lain iaitu Ariz Lufias, One dan Ameer, Fourteen masih lagi bernaung dibawah label pengurusan KRU Music dan popular dengan lagu-lagu seperti Berdua Bersatu, Kita, Linangan Terakhir dan Dekat Tapi Jauh.
Selain berkumpulan, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan turut menyanyi secara solo di mana beliau telah merakamkan dua buah single berjudul Bimbang dan Sahabat.
Sebelum melangkah ke bidang seni suara, jejaka berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini juga mengembangkan bakat di pentas lakonan. Antara drama dan telefilem lakonannya adalah Patahnya Sebelah Sayap, Imam Kacak Pakwe Kami, Sahabat, Din Sardin, Suami Sebelah Rumah dan Cik Paris Diva Kampung.
Terkini, bintang filem Hantu Kapcai dan Chikaro ini muncul dengan buat tangan terbaharu iaitu drama bersiri berjudul Kisah Yang Hilang yang ditayangkan menerusi slot Seramedi di TV3 mulai 26 Disember 2017 lalu.
3. Idayu AF3
Tahun 2017 menjadi tahun comeback buat bintang kelahiran Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Idayu setelah
menyepi selama lebih 10 tahun daripada radar seni hiburan Malaysia.
Mana tidaknya, pemilik nama lengkap Nur Farah Idayu Yaakod ini dinobatkan juara AF Megastar 2017 yang turut disertai oleh Marsha Milan, Bob Yusof, Shahir Zawawi dan Syamel.
Berbekalkan suara yang bertenaga dan mantap serta membuat persembahan yang menarik perhatian juri profesional dan para penonton saban minggu, tidak hairanlah graduan jurusan muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini memenangi program berkenaan.
Mengimbas kembali kembara seninya ketika menyertai AF3, anak jati Kota Bharu, Kelantan ini tersingkir di minggu keempat gara-gara undian SMS para penonton selepas mendendangkan lagu Tiada Lagi Tangisan Air Mata nyanyian asal Misha Omar.
Mendapat nama jolokan ‘Maria Carey Malaysia’, wanita berusia 33 tahun pernah mengeluarkan sebuah album berjudul Aspirasi yang memuatkan sebanyak tujuh buah lagu.
Paling manis, Idayu menamatkan zaman solonya dengan lelaki pujaan hati bernama Shahrul Fadzil pada 15 Mei 2014.
Drama bersiri popular iaitu Titian Cinta yang disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia sedikit sebanyak melonjakkan lagi nama Tisha Shamsir di persada seni hiburan negara. Menerusi drama berkenaan, Tisha membawa karakter antagonis sebagai Sofea yang turut dibintangi oleh Zul Ariffin dan Farah Nabilah.
Terdahulu, wanita kelahiran Pasir Puteh, Kelantan ini dikenali para peminat sebagai Inspektor Tisha dalam drama kepolisan popular, Gerak Khas di TV2.
Beliau juga pernah membintangi beberapa buah drama lain seperti Bilo Nogori Jupo Kelate, Dia Bidadariku, Metro Skuad, Bodyguard, Bahagia Kasihmu dan Cinta Komuter.
Sebelum aktif sebagai anak wayang, si cantik molek ini pernah menyertai beberapa program realiti nyanyian seperti Audition (nTV7) dan Mentor 6 (TV3) di mana menjadi protege kepada penyanyi popular Singapura, Ferhad. Hidup (berduet bersama Shazzwan) dan Kukata (berduet bersama Ferhad) merupakan antara singlenya dalam arena seni suara.
Issey Fazlisham, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya mula mencuri tumpuan selepas menyertai program Bintang Mencari Bintang (BMB) bersama rakan sepasukan, Azizul Ammar menerusi kumpulan Titan.
Bukan sekadar berlawak dan berlakon, anak bongsu daripada tiga beradik ini berkebolehan dalam bidang pengacaraan. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, pemuda berbintang Cancer ini pernah mengendalikan program seperti 3 Juara, Mentor Milenia, Perang Bibir, Hot.TV, Sarapan dan Bang Bang Boom.
Bersama Deen dan Ammar, Issey kini bergelar salah seorang penyampai radio di Hot.FM serta mengemudikan segmen Hot Jam yang berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Ikon Belia Kelantan 2016 ini juga melebarkan sayapnya dalam bidang bisnes dengan membuka bisnes kafe makanan jalanan yang dikenali sebagai JMT Cafe bertempat di di Segambut dan beroperasi setiap hari dari 5.00 petang hingga 1.00 pagi kecuali Isnin.
Tags: #Artis Berasal Dari Kelantan #Artis Kelahiran Kelantan #Artis Kelantan #kelantan #Pelakon Asal Kelantan #Penyanyi Dari Kelantan #Selebriti Kelahiran Negeri Kelantan #selebriti kelantan #Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Kelantan #Selebriti Popular Malaysia Kelahiran Kelantan