Mempunyai anak merupakan impian setiap pasangan suami isteri di dunia ini. Samada sedikit atau ramai, anak-anak merupakan anugerah terindah dari-Nya serta penyambung kasih sayang dan legasi sesebuah keluarga.
Selain masyarakat diluar sana, golongan selebriti samada bergelar pelakon, penyanyi atau pengacara turut tidak ketinggalan dalam mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia termasuklah mempunyai anak yang ramai.
Berikut, penulis kongsikan dengan anda mengenai 5 selebriti Malaysia yang mempunyai ramai anak. Check it out!
1. Fauzi Nawawi – 7 Anak
Kalau nak tahu, pelakon dan pengarah hebat iaitu Fauzi Nawawi ini mempunyai tujuh orang cahaya mata.
Hasil perkahwinan pertama bersama bekas isteri, Fauzi dikurniakan empat orang anak iaitu Hainal Fatiha (21 tahun) Fareez Hazwan (20 tahun), Hanna Farisha (18 tahun) dan Fikri Hakimi (15 tahun).
Menariknya, salah seorang anak Fauzi iaitu Fareez Hazwan pernah menjuarai program realiti nyanyian iaitu Mentor Millenia 2016 dan kini bergelar seorang penyanyi.
Kemudian, Fauzi berkahwin dengan pelakon popular, Lisdawati pada 8 September 2007 di Setapak Ria Kondominium, Kuala Lumpur dengan wang hantarannya sebanyak RM21,111.11 dan mas kahwin bernilai RM999.
Lebih 10 tahun bergelar suami isteri, pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Anak Lisdawati tiga orang iaitu Nur Aina Farhana (8 tahun), Nur Aina Fazneesya (7 tahun) dan Ahmad Nur Fydaus (4 tahun).
2. Norman Hakim- 5 Anak
Siapa yang tidak mengenali pelakon kacak dan bertubuh sasa iaitu Norman Hakim yang kini berusia 41 tahun.
Menamatkan zaman solonya dengan pelakon dan penyanyi popular, Abby Abady pada 8 Januari 2002 sebelum bercerai pada 18 Disember 2008. Hasil perkahwinan berkenaan, Norman dan Abby dikurniakan tiga cahaya mata. Mereka adalah Muhammad Danish Hakim (14 tahun), Marisa Dania Hakim (12 tahun) dan Maria Danisha Hakim (9 tahun).
Tidak menoleh ke belakang lagi, Norman mendirikan rumah tangga dengan pelakon cantik iaitu Memey Suhaiza pada 24 September 2011 di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Pasangan bahagia ini dianugerahkan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Darwishz Hakim (4 tahun) dan Muhammad Dirkhriz Hakim (2 tahun).
3. Sharifah Sahira – 5 Anak
Pelakon serba boleh, Sharifa Sahira atau mesra disapa sebaga Shira dan suaminya, Zulkifli Azhari (Ijoy) mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 setelah menjalinkan cinta ketika bersama-sama membintangi drama bersiri Mat Despatch satu ketika dahulu.
Pasangan sejoli ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell (12 tahun), Airra (9 tahun), Audrra (7 tahun) dan Adeena (1 setahun).
Pelakon komedi ini juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Allisya (18 tahun) hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bones, Jatt.
4. Amy Search- 5 Anak
Untuk pengetahuan pembaca, legenda rock Malaysia iaitu Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman pernah berkahwin empat kali.
Perkahwinan pertamanya, Amy berkahwin dengan wanita bernama Faridah Fadzil dan bercerai pada 1985. Hasil perkahwinan itu, Amy dan bekas isteri dianugerahkan seorang anak perempuan yang merupakan salah seorang aktres popular di Malaysia iaitu Nabila Huda.
Seterusnya, Amy menamatkan zaman dudanya pada September 1990 dengan seorang pramugari yang dikenali sebagai Noorliza Abdul Latif. Namun, pasangan ini bercerai pada 1994.
Tidak lama bergelar duda, pelantun lagu Isabella dan Kerja Gila ini berkahwin kali ketiga dengan bekas Miss Singapore iaitu Rosslisa Ahmad dan bercerai tidak lama kemudian. Namun begitu, Amy dan Rosslisa turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Irisha Myra hasil perkahwinan mereka sebelum ini.
Akhir sekali, Amy bersama pilihan hati, Nor Hasniza Hassan atau dikenali sebagai Norish diijabkabul pada pada 2003. Kekal bersama sehingga hari ini, Amy dan Norish dikurniakan tiga orang anak iaitu Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.
5. Awie- 5 Anak
Selain Amy Search, vokalis Wings iaitu Awie juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali.
Hasil tiga perkahwinan tersebut, bintang filem Sembilu, Maria Mariana dan Hantu Kak Limah Balik Kampung ini dianugerahkan lima orang cahaya mata.
Figura ini mendirikan rumah tangga buat pertama kali pada 1998 dengan seorang penyanyi yang dikenali sebagai Erni Nazira sebelum menamatkan hubungan suami isteri lapan tahun kemudian. Awie dan bekas isteri dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasya dan Puteri Aleefa Antasya.
Pada tahun 2006, Awie berkahwin kali kedua dengan wanita bernama Rozana Misbun di Thailand. Malangnya, media tempatan melaporkan Awie dan bekas isteri tidak tinggal sebumbung sejak 2014 selepas memperolehi dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Mereka adalah Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Kasih Antasya. Awie dan Rozana sah bercerai pada 1 November 2014.
Awie kini bahagia bersama isteri baharunya iaitu Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin yang telah diijabkabulkan pada 7 Oktober 2016 di Thailand.
Tags: #Artis Malaysia Yang Ramai Anak #artis yang ramai anak #keluarga besar artis malaysia #Selebriti Malaysia Ramai Anak #selebriti mempunyai lebih dari lima anak