5 Sebab Wanita Sukar Untuk Jatuh Cinta Pada Anda! No 4 Lelaki Wajib Tahu!

Sebab Wanita Tak Suka Lelaki

Tanpa mengira lelaki atau wanita, kita semua dijadikan hidup berpasang-pasangan di dunia ini. Namun, bukan senang untuk menyintai dan dicintai oleh seseorang manusia bergelar kekasih hati.

Apabila berbicara tentang cinta, tidak semua manusia bernasib baik dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang yang dicintai terutamanya bagi golongan wanita. Bahkan, keadaan ini kadang-kala membuat anda binggung dan tertanya-tanya mengapa golongan Hawa sukar untuk jatuh cinta pada lelaki.

Untuk kali ini, penulis kongsikan 5 Sebab Wanita Sukar Untuk Jatuh Cinta Pada Anda! Let’s find out!

1. Pernah Disakiti

Pernah kecewa dan disakiti dengan hubungan terdahulu membuatkan wanita serik untuk jatuh cinta. Situasi ini akan menyebabkan mereka trauma dalam menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki-lelaki lain. Malah, mengambil masa yang cukup lama dalam membuka pintu hati untuk bercinta lagi.

2. Belum ‘Move On’
Kebiasaannya, sindrom belum ‘Move On’ seringkali berlaku pada golongan Hawa lebih-lebih lagi buat wanita yang lama berstatus single atau ‘Jomblo’. Dek kerana tidak dapat melupakan bekas kekasih, pastinya mereka akan membanding-bandingkan kekasih baru dengan yang lama.

3. Kriteria Terlalu Tinggi

Kacak, tinggi, lulusan universiti, pekerjaaan bagus serta miliki kereta dan rumah sendiri merupakan antara kriteria wanita dalam memilih kekasih hati atau pasangan hidup. Wanita yang mempunyai kriteria yang terlalu tinggi biasanya tidak mudah jatuh cinta dengan lelaki sembarangan khususnya yang tidak tepat dengan kriteria yang dikehendaki.

4. Merasa Hidup Sudah Sempurna

Mempunyai kerjaya yang kukuh, berpangkat besar dan memiliki sumber kewangan yang stabil membuatkan sesetengah wanita merasakan hidup mereka sudah sempurna tanpa kehadiran seseorang lelaki. Hal ini membuatkan mereka lagi sulit untuk jatuh cinta dan menolak keinginan untuk mencari cinta sejati.

5. Pengalaman Buruk Orang Di Sekeliling

Memiliki pengalaman buruk berdasarkan orang di sekeliling turut menjadi faktor utama sesetengah wanita sukar untuk jatuh cinta. Sebagai contoh, kakak ditinggalkan abang ipar kerana lari dengan perempuan lain. Pastinya, pengalaman itu menghantui fikiran mana-mana wanita sehingga mereka tidak mempercayai lelaki yang cuba mendekatinya.

azlan-150x150 5 Sebab Wanita Sukar Untuk Jatuh Cinta Pada Anda! No 4 Lelaki Wajib Tahu!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Perkara Bikin Wanita Sulit Jatuh Cinta Pada Anda #5 Sebab Wanita Sukar Untuk Jatuh Cinta #cinta #orang yang tidak mudah jatuh cinta #Sebab Wanita Sukar Untuk Jatuh Cinta #Sebab Wanita tak cintakan anda #semakin dewasa semakin banyak masalah #tidak mau jatuh cinta #tips membuka hati kembali

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.