5 Rahsia Kecantikan Thalia, Pelakon Telenovela ‘Rosalinda’ Yang Kekal Cantik Di Usia 45 Tahun!

5 Rahsia Kecantikan 'Rosalinda' Kekal Cantik Di Usia 45 Tahun!

Siapa penah menonton telenovela popular berjudul Rosalinda yang telah disiarkan oleh TV3 beberapa tahun yang lalu?

Bukan sahaja dibarisi pelakon yang cantik jelita dan kacak bergaya malahan jalan ceritanya sangat menarik dan mengasyikkan para penonton.

Paling diingati oleh penulis adalah pesona heroinnya bernama Thalia atau nama lengkapnya Ariadna Thalia Sodi Miranda yang mempunyai kecantikan semula jadi persis bak bidadari.

Meskipun meniti usia ke 45 tahun pada tahun ini namun kecantikan yang dimilikinya seolah-olah tidak pernah pudar dan masih lagi langsing seperti dahulu. Siapa yang memandang, pastinya terpukau dengan keayuan dan kejelitaan aktres telenovela Marimar dan Maria Mercedes ini.

Dipetik dari laman Wolipop Indonesia, inilah 5 rahsia kecantikan Thalia buat tatapan para pembaca. Check it out!

1. Rajin Cuci Muka

Thalia memberitahu bahawa sesibuk mana aktiviti hariannya beliau tidak akan sesekali lupa untuk mencuci wajahnya.

“Kita mesti bersihkan solekan di wajah sebelum masuk tidur. Itulah pesanan ibu yang selalu diingat oleh saya. Sejak bergelar seorang selebriti menjadikan saya sangat menitikberatkan terhadap penampilan diri termasuklah dalam menjaga kecantikan wajah supaya kelihatan segar dan bebas daripada berjerawat,” katanya.

Tips Thalia: Rutin pembersihan muka Thalia adalah menggunakan pembersih wajah (facial foam) dengan formula lembut buat kulitnya. Jika terlalu penat dan rasa mengantuk, Thalia hanya mengelap wajahnya dengan tisu basah yang khusus buat kulit sensitif.

2. Guna Pelembap Wajah

Menurut Thalia, segala rahsia kecantikan yang diamalkan olehnya selama ini diperturunkan oleh ibunya. Salah satunya adalah jangan lupa untuk memakai pelembap wajah dan tubuh badan.

“Lembapkan, lembapkan dan lembapkan kulit wajah serta badanmu supaya sentiasa terpelihara,” jelasnya.

Tips Thalia: Disebabkan memiliki kulit wajah yang sensitif, Thalia acapkali mengalami masalah rosacea iaitu penyakit kulit yang menyebabkan wajah terasa gatal dan kemerah-merahan. Sekiranya penyakit berkenaan kembali, Thalia akan menggantikan pelembap yang digunakannya setiap hari dengan produk pelembap yang boleh merawat dan melegakan kulitnya. Apabila kulitnya normal, beliau suka memakai krim wajah dengan tekstur tebal dan pekat yang kaya dengan pelbagai vitamin, peptida dan antioksidan.

3. Rawatan Rambut Seminggu Sekali

Bukan sahaja wajah, ibu kepada dua cahaya mata ini juga mementingkan kecantikan rambut yang dimilikinya sebagai aset peribadi. Dalam menjaga kecantikan mahkotanya, Thalia melakukan rawatan sekali seminggu menerusi masker rambut buatan sendiri.

“Ibu selalu menunjukkan cara kepada saya bagaimana menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur seperti avakado dan mayonis untuk merawat rambut. Malah, saya juga ke salon kecantikan bagi mendapatkan rawatan profesional di sana,” katanya.

Tips Thalia: Selepas mencuci dan mengeringkan rambutnya dengan tuala, si cantik ini akan mengoles rambutnya dengan minyak kelapa sambil diurut perlahan-lahan. Seterusnya, rambut dibalut dengan plastik selama 20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk bersama sedikit syampu bagi menghilangkan sisa-sisa minyak tersebut.

4. Banyak Minum Air Putih

Biarpun pergi ke mana sahaja, penyanyi yang popular dengan jolokan Queen of Latin Pop ini akan memastikan dirinya membawa sebotol air putih disampingnya.

“Ibu seringkali memesan kepada saya supaya membawa sebotol air yang besar di mana sahaja saya pergi. Dia juga menyatakan bahawa air putih sangat penting jika saya ingin memiliki kulit yang cantik dan mata yang terang,” jelasnya.

5. Sering Bercinta

Meskipun terdengar aneh namun Thalia memberitahu rahsia awet mudanya adalah dengan sering bercinta bersama suaminya, Tony Mottola yang merupakan ahli perniagaan. Beliau mengesahkan tips berkenaan diperolehinya daripada salah seorang kawan yang pakar dalam bidang seksologi.

“Sudah tentu saya mengikutinya dan itulah sebabnya saya kelihatan masih muda dan cantik,” katanya.

azlan-150x150 5 Rahsia Kecantikan Thalia, Pelakon Telenovela 'Rosalinda' Yang Kekal Cantik Di Usia 45 Tahun!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Rahsia Kecantikan Thalia #Ariadna Thalia Sodi Miranda #Pelakon Telenovela 'Rosalinda' Yang Kekal Cantik Di Usia 45 Tahun #Pelakon Telenovela Rosalinda #Petua Cantik Thalia #Rahsia Kecantikan Thalia #Thalia Kongsi Petua Kecantikan #Tips Kecantikan Aktres Telenovela Rosalinda #Tips Kecantikan Thalia

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.