Young, Pretty and Talented! Itulah tiga perkataan yang muncul di fikiran penulis terhadap aktres popular Indonesia, Cinta Laura Kiehl.
Bukan sahaja sukses dalam bidang lakonan, figura berdarah Indonesia-Jerman ini adalah seorang penyanyi dan model.
Meski sibuk dengan kerjaya seni, graduan jurusan Psikologi dan Sastera Jerman dari Colombia University, United States ini tidak lupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dirinya.
Malah, pelakon sinetron Apakah Cinta Hanyalah Mimpi ini juga tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan buat para peminatnya. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel di bawah!
1. Tidur 7 – 8 Jam Sehari
“Saya sentiasa bangun awal pagi dan mencuba untuk tidur selama 7 hingga 8 jam sehari, kerana tidur yang cukup itu penting buat kita semua. Itu nombor satu!,” katanya.
2. Makanan Organik
“Untuk pemakanan, saya lebih memilih makanan jenis organik sama ada buah-buah, sayur-sayuran atau daging. Bagi saya, kita akan lebih sihat dan bertenaga jika mengamalkan makanan organik,” jelasnya.
3. Air Putih Secukupnya
“Air putih sangat penting karena menjadikan hidup kita lebih sihat. Lazimnya, saya akan meminum air suam sebanyak satu setengah liter hingga dua liter setiap hari,” katanya.
4. Rajin Bersihkan Wajah
“Kebiasaannya, saya akan bersihkan wajah secara teratur sebelum masuk tidur. Dari pakai facial wash, toner, serum, moisturizer sehingga krim malam itu sangat penting untuk merawat kulit wajah,” jelasnya.
5. Bersenam
“Tanpa bersenam, rasanya kesemua langkah-langkah di atas kurang membuahkan hasil yang sempurna. Bersenam sekurang-kurang 30 minit untuk tiga kali seminggu akan membawa banyak perubahan kepada diri dalam menjalani gaya hidup sihat dan aktif,” katanya.
Tags: #Cantik Ala Cinta Laura #Cinta Laura #Cinta Laura Kiehl #Cinta Laura Kongsi Rahsia Kecantikan #Nak Cantik Macam Cinta Laura #Petua Kecantikan Cinta Laura #Rahsia Kecantikan Cinta Laura