5 Produk Utama Penjagaan Kulit Wajah Di Pasaran, Jom Semak Perbezaannya!

Produk Kecantikan Wajah

Saban hari, terdapat pelbagai produk penjagaan kulit wajah dihasilkan di pasaran mengikut bentuk, tekstur dan fungsi penggunaan.

Sebelum ini, kita hanya mendengar pembersih wajah atau pelembap semata-mata tetapi sekarang terdapat toner, serum, essence dan lain-lain lagi mengikut peredaran zaman.

Persoalannya, andakah anda tahu perbezaan diantara produk-produk penjagaan kulit wajah diatas?

Buat tatapan pembaca, ini perbezaan 5 produk penjagaan kulit wajah yang perlu anda ketahui. Take a look!

1. Minyak Wajah (Face Oil)

Minyak Wajah atau face oil bukan sahaja melembapkan kulit wajah malahan sangat sesuai digunakan buat anda yang mengalami kulit kering.

Jika kehabisan moisturizer, anda boleh gantikannya dengan face oil dimana memberikan kelembapan yang lebih lama. Kebanyakan, face oil yang terdapat di pasaran dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti argan dan rosehip seed.

2. Face Ampoule

Untuk pengetahuan para pembaca, face ampoule ini kebiasaanya ditemui di dalam produk kecantikan dari Korea Selatan. Ramai yang menyatakan bahawa face ampoule sama dengan serum walaupun sebenarnya kedua-dua produk ini sangat berbeza.

Face ampoule mengandungi vitamin asli, pelbagai enzim dan tiada mempunyai bahan pengawet. Disebabkan tidak mempunyai bahan pengawet, tempoh tamatnya lebih cepat apabila anda membuka pengbungkusannya.

Mempunyai tekstur cair dan mudap menyerap, produk ini digunakan lebih awal sebelum menggunakan produk kecantikan yang lain.

3. Face Serum

Sebelum kemunculan face ampoule, face serum atau serum wajah menjadi pilihan ramai pengguna terutamanya ketika mengenakan solekan. Bahan yang terdapat pada face serum adalah minyak, air dan partikel halus dari pelembap yang mampu menyerap ke dalam kulit wajah anda.

Lazimnya, anda akan menggunakan face serum terlebih dahulu lalu diikuti pelembap atau produk penjagaan wajah lain dimana mempunyai tesktur yang kental dan padat. Untuk info, face serum dan face ampoule dijual sedikit mahal di pasaran.

4. Face Essence

Selain face ampoule, face essence turut dikatakan sama dengan face serum. Meskipun mengandungi bahan yang sama dengan face serum, face essence lebih pekat sedikit berbanding produk tersebut.

Umumnya, produk ini diperbuat dari jus buah yang sangat berguna untuk penjanaan semula kulit wajah. Paling penting, harga face essence lebih murah daripada face serum di pasaran.

Jika ingin menggunakan kedua-dua produk ini, pastikan anda memakai face serum sebelum face essence.

5. Face Lotion

Face lotion biasanya digunapakai pada akhir rawatan muka. Walaupun fungsinya sama dengan moisturizer, tekstur losyen ini lebih ringan dan lembut untuk kegunaan seharian.

Bahkan, losyen ini baik untuk menyeimbangkan kadar minyak yang berlebihan di wajah anda dan mengusir masalah kulit muka berjerawat. Buat yang miliki kulit wajah berminyak, anda disyorkan memilih water bassed lotion agar mudah menyerap dan tidak menyumbat pori-pori.

azlan-150x150 5 Produk Utama Penjagaan Kulit Wajah Di Pasaran, Jom Semak Perbezaannya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Beza Produk Penjagaan Kulit Wajah Di Pasaran #Face Ampoule #Face Essence #Face Lotion #Face Serum #Jenis Produk Penjagaan Kulit Wajah #Ketahui Perbezaan Produk Penjagaan Kulit Wajah Masa Kini #minyak wajah face oil #pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif #pembersih wajah untuk kulit kombinasi #pencuci muka untuk kulit kering #pencuci muka untuk kulit sensitif #pencuci muka untuk kulit sensitif dan berjerawat #pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat #Perbezaan Produk Penjagaan Kulit Wajah Di Pasaran #produk pencuci muka untuk kulit kombinasi #sabun cuci muka yang bagus untuk memutihkan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.