5 Perkara Menarik Tentang Kucing Yang Hanya Difahami Oleh Pemiliknya Sahaja!

Perangai Kucing

Siapakan antara anda semua yang menyukai kucing dan menjadikan haiwan berkenaan sebagai binatang peliharaan?

Selain comel dan manja, bermain bersama kucing juga dapat merehatkan badan dan menghilangkan segala tekanan stres.

Tidak hanya kucing biasa atau kampung, sesetengah daripada kita suka memelihara kucing berbaka luar negara yang harganya mencecah ribuan ringgit untuk seekor kucing.

Mereka juga suka membelanjakan wang semata-mata untuk membeli segala kelengkapan seperti makanan, pakaian, alat permainan dan sebagainya demi kucing kesayangan masing-masing.

5 Perkara Menarik Tentang Kucing Yang Hanya Difahami Oleh Pemiliknya Sahaja!

Untuk kali ini, penulis kongsikan tentang 5 perkara menarik tentang kucing yang hanya difahami oleh pemiliknya sahaja. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel ini!

1. Mempunyai ‘Meow’ Khas

Tahukah anda, kucing sebenarnya mempunyai bunyi ‘meow’ yang khas untuk menarik perhatian kita semua. Selain meow untuk makan dan minum, kucing juga berbunyi meow untuk bermanja, meow untuk kencing dan berak, meow untuk keluar rumah dan lain-lain lagi. Oleh itu, tidak semua bunyi meow itu membawa maksud lapar.

2. Kencing Sembarangan

Sangat menyakitkan hati apabila kucing kesayangan anda kencing merata-rata meskipun diberikan tempat khas untuk membuang air kencing. Did you know, perbuatan suka kencing berkenaan rupa-rupanya membawa maksud tersendiri. Jika kucing anda kencing sembarangan tempat, ianya bererti kucing tersebut sedang menandakan kawasannya atau litter box mengalami masalah.

3. Suka Bermain Dan Tidur Di Dalam Kotak

Cuba anda perhatiankan, setiap kucing di dunia ini sangat menyukai kotak. Di samping dijadikan tempat untuk bermain, kucing juga gemar tidur di dalam kotak. Meskipun bentuk kotak berkenaan sudah berubah, haiwan ini tetap suka dan selesa menghunikannya. Apabika kotak sudah uzur dan pecah, sudah tentu anda berniat untuk menggantikannya dengan kotak baru. Ingat, tidak semestinya kucing peliharaan anda menyukai dan tidur di dalam kotak baru yang telah diganti.

4. Tabiat Mengurut

Buat pemilik kucing, pastinya sering mengalami perkara ini dimana kucing kesayangan sedang mengurut anda. Kebiasaannya, perbuatan ini dilakukan oleh kucing yang dewasa. Malah, perbuatan mengurut pemiliknya adalah suatu tindakan yang menunjukkan keseronokan dan kepuasannya kepada anda.

5. Memberikan Burung, Tikus Atau Serangga Mati

Salah satu tabiat yang unik mengenai kucing adalah apabila binatang itu memberikan burung, tikus atau serangga yang telah dibunuh kepada pemiliknya. Perbuatan sedemikian menunjukkan bahawa kucing belaan anda sudah boleh berburu dengan baik. Bahkan, haiwan-haiwan mati tersebut dijadikan sebagai simbol hadiah buat pemiliknya.

azlan-150x150 5 Perkara Menarik Tentang Kucing Yang Hanya Difahami Oleh Pemiliknya Sahaja!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bahasa kucing dan artinya #Bahasa Tubuh Kucing #fakta kucing terhadap manusia #Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu #kucing #Kucing Perangai Macam Orang #Menarik Tentang Kucing #nama kucing yang bagus dalam islam #Perkara Menarik Tentang Kucing Yang Hanya Diketahui Oleh Pemiliknya #tanda kucing sayang kita

Tips Halau Kucing Liar Dari Kawasan Rumah Anda
Jika anda ingin mengeluarkan kucing liar dari kawasan rumah anda atau menghentikan tingkah
Kucing Anda Terlalu Gemuk : Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?
Bagi kucing yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, perubahan diet dan gaya
Petanda Kucing Peliharaan Anda Sakit
Tanda-tanda kucing sakit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor

Comments are closed.