Apabila musim hujan tiba, kita semua diingatkan supaya berhati-hati dan lebih berwaspada kerana kadar hujan turun lebat yang berterusan boleh mengakibatkan banjir terutamanya di kawasan-kawasan penempatan yang rendah.
Malah, musim ini sedikit sebanyak menjejaskan beberapa rutin kehidupan termasuklah sesi persekolahan, pekerjaan dan tahap kesihatan kita semua.
Oleh itu, 5 perkara ini perlu anda perhatikan sepanjang tempoh musim hujan. Check it out!
1. Baju Hujan
Bagi yang menunggang motosikal ke sekolah atau tempat kerja, sila pastikan baju hujan ada dalam tempat simpanan kenderaan anda. Pakaian ini akan melindungi anda daripada basah saat hujan sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju.
2. Jaket & Kot
Hujan yang berterusan akan meningkatkan suhu lebih rendah dan menjadikan persekitaran semakin sejuk. Justeru, hindarilah memakai pakaian nipis sepanjang musim ini. Anda disyorkan memakai pakaian yang tebal seperti jaket, kot atau baju sejuk supaya dapat mengelakkan diri daripada mengalami kesejukan yang teruk.
3. Kasut Flat
Ibarat irama dan lagu, wanita dan kasut tumit tinggi tidak boleh dipisahkan lebih-lebih lagi buat kaum Hawa yang berkerjaya. Kebanyakan wanita mengakui bahawa kasut tumit tinggi boleh meningkatkan keyakinan diri serta kelihatan lebih menarik di mata golongan lelaki. Sebaik-baiknya, elakkan memakai kasut ini semasa musim hujan. Gantikan kasut tumit tinggi dengan kasut flat. Paling penting, kasut flat sangat selesa, seimbang dan tidak menyakitkan kaki anda.
4. Payung
Selain baju hujan, payung turut memainkan peranan yang penting ketika musim hujan. Kebiasaannya, payung sering digunakan oleh individu-individu yang berjalan kaki berbanding penunggang motosikal atau pemandu kereta. Bahkan, jualan payung semakin meningkat apabila menjelangnya musim hujan.
5. Ubat-ubatan & Vitamin
Akibat cuaca yang tidak menentu, kita semua boleh menghadapi pelbagai penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. Oleh itu, jangan lupa untuk menyediakan ubat-ubatan atau mengambil vitamin supaya antibody lebih kuat dan dapat menghindari dari penyakit.
Tags: #bila tiba musim hujan #bila tiba musim tengkujuh #cuaca di malaysia #iklim di malaysia #langkah persediaan musim hujan #musim hujan #musim tengkujuh #Perkara Yang Perlu Diperhatikan Saat Musim Hujan #persediaan musim hujan #Tips Ketika Musim Hujan