5 Perkara Ini Buat Anda Tidak Boleh Lupa Tentang Bekas Kekasih!

5 Perkara Ini Buat Anda Tidak Boleh Lupa Tentang Bekas Kekasih!

Tidak dapat dinafikan bahawa bekas kekasih adalah sebahagian daripada masa lalu anda.

Walaupun menyatakan sudah telah melupakan si dia namun anda tetap mengingatinya sampai bila-bila.

Bukan sekadar kenangan manis dan buruk yang tidak boleh dilupakan tetapi terdapat juga perkara-perkara yang remeh menjadi memori terindah buat anda saat bersama sang mantan.

Buat tatapan para pembaca, jom semak 5 perkara yang membuatkan anda tidak boleh melupakan tentang bekas kekasih seperti yang dipetik dari Female First. Take a look!

1. Saat Jalin Hubungan

Perkara pertama yang membuatkan anda tidak boleh melupakan tentang bekas kekasih adalah sewaktu menjalinkan hubungan dengan si dia. Ketika tempoh berkenaan, biasanya hanya saat kenangan manis sahaja yang membentuk dalam fikiran anda. Malah, peristiwa bagaimana pertama kali menemui mantan kekasih juga akan melekat di kota minda anda.

2. Perkara Paling Buruk Yang Pertama Kali Si Dia Pernah Lakukan

Perkara paling buruk yang dilakukannya buat pertama kali akan sentiasa diingati oleh anda. Sebagai contoh, bekas kekasih anda pertama kali bersifat ‘kurang ajar’ atau kasar seperti memukul atau bermain kayu tiga. Bahkan, momen sebegini sangat sulit untuk dilupakan.

3. Tabiat Bekas Kekasih

Pastinya, masih terkenang-kenang tabiat mantan kekasih yang seringkali dilakukan di depan anda sebelum ini. Misalnya, tabiat suka membuat lawak yang menghiburkan, gemar meminum teh tarik berbanding kopi, sentiasa menelefon anda sebelum masuk tidur atau tabiat lain yang dilakukan ketika bersama. Disebabkan perkara-perkara ini berlakunya berulang kali maka tabiat bekas kekasih anda tidak mudah untuk dilupakan sehingga membuatkan anda terasa rindukannya.

4. Minyak Wangi Kegemarannya

Sekiranya si dia kerap kali memakai minyak wangi yang tidak pernah diganti dan menggunakannya secara konsisten maka wangian tersebut akan terus menempel di lipatan ingatan anda. Apabila menghidu bau minyak wangi yang sama, ianya akan mengembalikan semula memori anda bersama bekas kekasih. Sangat sulit untuk melupakan si dia lebih-lebih lagi berkaitan dengan minyak wangi khas yang selalu dipakainya.

5. Cara Kalian Berdua Putus Hubungan Cinta

Lastly, cara kalian berdua memutuskan hubungan cinta menyebabkan anda tidak boleh melupakan mantan kekasih. Meskipun sudah berbaik antara satu sama lain namun peristiwa anda dan bekas kekasih mengakhiri perhubungan cinta akan terus mekar di minda. Kebanyakan wanita akan turut mengingati hari dimana patah hati serta mencatatkan tarikh buruk berkenaan.

azlan-150x150 5 Perkara Ini Buat Anda Tidak Boleh Lupa Tentang Bekas Kekasih!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bekas kekasih #Bekas Kekasih Yang Tidak Boleh Dilupakan #kekasih #mimpi bekas kekasih berulang kali #Perkara Buat Anda Tidak Boleh Lupakan Tentang Bekas Kekasih #Perkara Yang Menyebabkan Anda Tidak Boleh Lupakan Tentang Bekas Kekasih #tanda dia rindu kita dalam diam #tanda lelaki masih sayang bekas kekasih

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.