Bergelar ibu bapa merupakan impian setiap manusia bernama suami isteri. Memiliki zuriat sendiri adalah salah satu hadiah yang paling berharga kurnia Allah S.W.T lebih-lebih lagi anugerah itu baru pertama kali didapati.
Seperti yang dirasai lima pasangan artis Malaysia ini, mereka teruja bergelar ibu bapa apabila dikurniakan anak pertama pada tahun 2017. Siapa saja mereka, jom kita intai!
1. Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Diijalkabulkan pada 8 Febuari 2016, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dikurniakan cahaya mata pertamanya bernama Syeriv Samheizy. Bayi lelaki berkenaan dilahirkan pada 9 Mei 2017 di salah sebuah hospital di ibu kota. Dibuka pada 23 Jun 2017, si kecil ini mempunyai akaun Instagramnya sendiri iaitu @syerivsamheizy yang kini diikuti lebih 80,000 pengikut.
2. Saharul Ridzwan & Deena Amir
Pertama kali bergelar ibu bapa, Saharul Ridzwan dan pasangannya Deena Amir dianugerahkan seorang anak lelaki sulung pada 6 Jun 2017. Pelakon popular tersebut menamakan bayinya sebagai Muhammad Luth Ali. Nama itu diinspirasikan daripada dua nama nabi iaitu Muhammad dan Luth manakala Ali membawa maksud ‘yang mulia dan tinggi kedudukan’. Saharul dan isteri mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
3. Adira & Datuk Red
Penyanyi kelahiran Sabah, Adira selamat melahirkan puteri sulungnya pada 11 Mac 2017 dengan berat 3.15 kilogram. Dinikahi ahli perniagaan bernama Datuk Adnan Abu (Datuk Red) pada 3 Disember 2015 di Songkla, Thailand, pasangan bahagia ini memilih nama Anggerik buat si comel berkenaan. Selain Anggerik, Datuk Red turut mempunyai lima orang cahaya mata bersama isteri pertamanya.
4. Stacy & Akim
Mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016, Stacy dan Akim dikurniakan cahaya mata sulung pada 17 Februari 2017. Dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court seberat 2.97 kilogram, bayi perempuan itu diberi nama sebagai Eshaal. Pasangan selebriti terkenal berkenaan turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 5 tahun.
5. Shahrol Shiro & Nur Farhanah Syamimi
Shahrol Shiro menamatkan zaman bujangnya pada 18 Mac 2016 dengan wanita pilihan hati iaitu Nur Farhanah Syamimi. Selepas setahun berkahwin, Shahrol dan isteri dianugerahkan seorang anak lelaki pada 8 Februari 2017. Dilahirkan secara pramatang di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor, bayi lelaki tersebut dinamakan sebagai Iskandar Riqzi.
Tags: #5 Pasangan Artis Malaysia Teruja Bergelar Ibu Bapa Pada Tahun 2017 #anak artis malaysia #Anak Selebriti Popular Malaysia #Artis Malaysia Bergelar Ibu Bapa 2017 #Bayi Selebriti 2017 #Pasangan Artis Malaysia Dikurniakan Anak Pertama Pada Tahun 2017