5 Masalah Kecantikan Ini Sering Berlaku Kepada Ibu Hamil Selain Stretch Marks!

5 Masalah Kecantikan Ini Sering Berlaku Kepada Ibu Hamil Selain Stretch Marks!

Sepanjang proses kehamilan, kebanyakan wanita yang mengandung akan mengalami perubahan hormon yang tidak menentu. Bukan sahaja dari segi mental, perubahan hormon juga membawa kesan pada bentuk fizikal si ibu seperti rambut dan kulit.

Sesetengah wanita tidak mengambil berat dan menganggapnya sebagai perkara remeh-temeh namun sebahagian lagi merasa tekanan dek kerana berlakunya perubahan penampilan pada diri sendiri.

Salah satu kesan dari perubahan hormon yang sering terjadi pada wanita hamil adalah terdapat tanda-tanda stretch marks yang sedikit sebanyak mencacatkan penampilan. Bukan itu sahaja, stretch marks juga menjejaskan keyakinan diri wanita apabila muncul di kawasan badan yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.

Selain stretch marks, masih terdapat beberapa masalah kecantikan yang timbul akibat perubahan hormon sepanjang fasa kehamilan. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom semak artikel dibawah!

1. Kulit Kusam & Kasar

Bagi sesetengah wanita, perubahan hormon semasa kehamilan boleh membuatkan kulit mereka semakin lembut dan berseri-seri. Malangnya, terdapat segelintir ibu mengandung mengalami kekeringan kulit akibat perubahan hormon yang tidak stabil.

Menurut kajian, perubahan hormon yang dialami wanita-wanita hamil membawa kesan kepada pengeluaran minyak semula jadi dan tahap kelembapan pada kulit sehingga menjadi tidak anjal dan semakin kusam.

Untuk mengatasinya, para ibu diingatkan supaya kerap meminum air putih secara rutin setiap hari. Perlu diingatkan bahawa wanita hamil memerlukan dua kali ganda pengambilan air putih daripada biasa. Jangan lupa untuk menggunakan pelembap atau face mist yang boleh menjadi alternatif bagi mecegahkan masalah kulit kering. Sila pastikan, produk yang digunakan selamat buat ibu hamil.

2. Kulit Gelap Di Sesetengah Bahagian Badan

Apabila dehidrasi atau kulit kering, beberapa kawasan pada badan ibu hamil akan mengalami perubahan warna menjadi gelap dan kehitaman. Gejala ini akan berlaku dibahagian perut, ketiak dan beberapa lipatan pada badan selain di raut wajah. Masalah yang dikenali sebagai ‘mask of pregnancy’ ini sememangnya menganggu-gugatkan penampilan ibu mengandung.

Jangan bimbang, para ibu bolehlah merawatnya dengan menggunakan losyen atau krim khas supaya kulit semakin sihat, anjal dan lembut. Paling penting, masalah kehitaman ini akan kembali pulih dan hilang dengan sendiri selepas pasca kehamilan.

3. Kemunculan Masalah Berjerawat

Peningkatan pengeluaran progesteron ketika hamil boleh meningkatkan lagi pengeluaran sebum supaya kulit kelihatan semakin berminyak. Akibatnya, masalah jerawat akan muncul di wajah si ibu. Oleh itu, para ibu hamil disarankan agar sentiasa mencuci dan merawat kulit rawat setiap hati terutamanya sebelum masuk tidur. Ingat, jangan malas-malas kalau hendak cantik!

4. Kemunculan Bintik Hitam Pada Muka & Leher

Di samping warna kulit yang semakin gelap, kemunculan bintik-bintik hitam pada wajah dan leher turut menjadi pemangkin kepada perubahan hormon si ibu mengandung. Walaupun penampilannya sukar untuk dielakkan, anda boleh meminimumkan penampilan yang semakin memburuk dengan menggunakan sunscreen yang mengandungi formula sesuai buat wanita hamil.

5. Keguguran Rambut

Menurut penyelidikan, masalah keguguran rambut sering dialami wanita hamil disebabkan perubahan hormon tiroid. Malah, kekurangan khasiat seperti zat besi dan mineral semasa fasa mengandung akan membawa kemudaratan pada mahkota indah para ibu hamil. Justeru, wanita-wanita hamil disyorkan mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan makanan yang sihat dan seimbang serta mengambil suplemen tambahan khas untuk kehamilan yang dibenarkan oleh pakar sakit puan.

azlan-150x150 5 Masalah Kecantikan Ini Sering Berlaku Kepada Ibu Hamil Selain Stretch Marks!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #ibu hamil #keguguran rambut #Kemunculan Bintik Hitam Pada Muka & Leher #Kemunculan Masalah Berjerawat #Kulit Gelap Di Sesetengah Bahagian Badan #Kulit Kusam & Kasar #Masalah Kecantikan Yang Berlaku Pada Ibu Hamil #Masalah Kecantikan Yang Sering Kali Dihadapi Wanita Mengandung #masalah kepada ibu hamil #wanita mengandung

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.