5 Manfaat Tersembunyi ‘Bedak Bayi’ Selain Daripada Pewangi Badan!

Manfaat Bedak Bayi

Kebiasaannya, bedak bayi seringkali digunakan pada bayi hingga kanak-kanak terutamanya selepas mandi.

Realitinya, bedak bayi juga boleh dimanfaat oleh kita semua tanpa mengira usia.

Tidak hanya digunakan sebagai pewangi badan, bedak bayi juga memiliki manfaat tersembunyi lebih-lebih lagi dalam aspek kecantikan diri.

Nak tahu dengan lebih lanjut, jom semak artikel dibawah. Check it out!

1. Menghilangkan Bau Kaki

Tahukah anda, bedak bayi mampu menyerap keringat atau peluh berlebihan dan menghilangkan bau kaki yang kurang menyenangkan. Sebelum memakai stokin atau sarung kaki, sapu sedikit bedak bayi pada kedua-dua belah kaki anda.

2. Sentuhan Akhir Solekan

Siapa sangka, bedak bayi boleh membuatkan solekan atau tatarias seseorang semakin menarik sekaligus bebas kilap dan minyak berlebihan. Setiap kali selesai solekan, cuba oleskan sedikit bedak bayi pada berus berukuran besar di seluruh wajah anda.

3. Rawat Masalah Iritasi

Pernahkah anda mencuba masker bedak bayi? Kalau nak tahu, masker ini boleh merawat masalah iritasi atau kulit terbakar akibat terdedah di bawah cahaya matahari. Anda cuma perlu campur sedikit bedak bayi bersama air dingin lalu diaplikasikan ke seluruh badah dan wajah. Bukan hanya wangi dan menyegarkan bahkan dapat mengurangkan kemerah-merahan pada kulit anda.

4. Pengganti Deodorant

Anda kehabisan deodorant? Jangan risau, bedak bayi boleh menjadi solusi terbaik buat anda. Selain bahan kandungan lebih selamat berbanding bahan kimia dalam deodorant, badan anda dijamin berbau segar dan wangi meskipun berkeringat.

5. Mengurangkan Rasa Panas

Semasa siang dan malam ketika musim panas akan membuatkan kita berasa panas dan kurang selesa. Sekiranya anda panas, cuba sapukan bedak bayi di seluruh anggota badan. Menariknya, bedak ini menjadikan kulit kita terasa sejuk dan nyaman sepanjang hari. Selamat mencuba!

azlan-150x150 5 Manfaat Tersembunyi 'Bedak Bayi' Selain Daripada Pewangi Badan!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Kegunaan Lain Bedak Bayi #Manfaat Bedak Bayi Bagi Orang Dewasa #Manfaat Bedak Bayi dalam Kehidupan Seharian #Manfaat Bedak Bayi untuk Kecantikan #Manfaat Bedak Bayi Wajib Anda Ketahui #Manfaat Tersembunyi Bedak Bayi

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.