5 Manfaat DIY Masker Kopi Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Masker Dari Kopi, Cara Buat Masker Dari Kopi

Tidak dinafikan, kopi sememangnya minuman yang digemari ramai orang tanpa mengira jantina, umur atau bangsa.

Selain dihidangkan ketika minum petang, kopi juga sering diminum untuk menghilangkan rasa mengantuk lebih-lebih lagi apabila terpaksa menyelesaikan pekerjaan sehingga larut malam.

Tahukah anda, kopi turut dimanfaatkan sebagai masker untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan menawan.

Ternyata kandungan glikosida, mineral, asid alifalik, asid klorogenik dan trigoneline yang terdapat pada kopi sangat baik untuk menyuburkan kulit terutamanya kulit wajah.

Nah, ini 5 manfaat masker kopi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan berseri-seri!

1. Masker Hampas Kopi

Masker hampas kopi adalah salah satu daripada variasi masker kopi yang paling mudah dibuat dan digunakan. Masker ini sangat berguna dalam menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit wajah.

Cara Rawatan:

Sediakan hampas kopi yang diambil dari bancuhan air kopi lalu dioles pada wajah anda menjadi masker. Biarkan seketika kira-kira 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan rawatan ini secara teratur selama 2 hingga 3 kali seminggu.

2. Masker Kopi & Ubi Sengkuang

Masker kopi bersama-sama ubi sengkuang sesuai buat anda yang mempunyai kulit normal. Dengan menggunakan rawatan ini, kulit wajah anda akan bersih dan berseri-seri.

Cara Rawatan:

Kisar ubi sengkuang (yang telah dikupas dan dipotong halus) bersama serbuk kopi dan sedikit perahan air lemon. Setelah siap, sapukan pada seluruh wajah dan diamkan sebentar selama 15 minit. Selepas kering, cuci wajah anda dengan air bersih. Untuk kesan yang memberansangkan, amalkan rawatan ini 2 kali seminggu.

3. Masker Kopi & Serbuk Cendana

Serbuk cendana merupakan antara bahan semula jadi yang sering digunakan untuk merawat kulit wajah. Serbuk ini mampu mengekalkan kelembapan kepada kulit wajah kita semua.

Cara Rawatan:

Sediakan serbuk kopi dan cendana secukupnya. Kemudian, campurkan serbuk kopi dan serbuk cendana ke dalam mangkuk. Tambah air perahan limau nipis ke dalam campuran ini dan kacau sehingga sebati. Seterusnya, sapukan campuran ini disekeliling wajah seperti memakai masker. Biarkan kering seketika selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

4. Masker Kopi & Putih Telur

Gandingan antara kopi dan putih telur menjadi solusi terbaik buat pemilik muka berminyak. Kalau nak tahu, putih telur boleh membantu anda merawat dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah.

Cara Rawatan:

Anda cuma perlu mencampurkan serbuk kopi dan putih telur ke dalam mangkuk lalu dikacau sehingga sebati. Apa tunggu lagi, oleskan pada seluruh wajah anda dan diamkan sebentar kira-kira 15 minit sebelum dibersihkan dengan air sejuk. Aplikasikan petua ini 2 kali seminggu untuk kesan yang semaksimal.

5. Masker Kopi & Betik

Bagi yang mempunyai masalah kulit berjerawat, masker kopi dengan buah betik dapat mengatasi jerawat yang degil pada wajah anda.

Cara Rawatan:

Bersihkan buah betik lalu dikisar dengan mesin pengisar bersama serbuk kopi. Setelah siap, tuangkan ke dalam mangkuk. Oleskan pada wajah anda dan rehatkan selama 15 hingga 20 minit lalu dicuci dengan air sederhana panas. Seperti biasa, lakukan masker ini 2 kali seminggu.

azlan-150x150 5 Manfaat DIY Masker Kopi Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #buat masker dari kopi #Cantik Dengan Masker Kopi #DIY Masker Kopi Untuk Kecantikan #Manfaat Kecantikan Disebalik Masker Kopi #Manfaat Masker Kopi Untuk Kecantikan Diri

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.