Sudah menjadi satu kebiasaan orang ramai apabila membeli bahan makanan atau memakan sesuatu yang tidak habis dimakan, mereka akan menyimpannya ke dalam peti sejuk.
Tidak hanya menjadi ruangan penyimpanan makanan yang praktikal malah peti sejuk memainkan fungsi untuk membuat sesuatu makanan sentiasa segar dan tahan lama.
Sayangnya, tidak semua makanan yang dibeli atau diperolehi kita semua sesuai disimpan di dalam barangan elektrik berkenaan.
Makanan Yang Tidak Sesuai Disimpan Di Dalam Peti Sejuk
Dipetik daripada portal Vemale.com, inilah 5 makanan yang tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk anda. Selamat membaca!
1. Roti
Bukan sahaja disukai oleh orang ramai tanpa mengira peringkat umur, roti juga antara makanan yang versatil dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Untuk pengetahuan para pembaca, roti tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk.
Selain dihinggap kuman, rasa dan tekstur makanan berkenaan turut berubah dek kerana aliran udara yang terdapat dalam peti sejuk. Malah, roti menjadi tidak segar lagi meskipun anda simpannya di plastik tertutup di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya, simpan roti yang dibeli anda di ruang terbuka seperti di atas meja makan.
2. Kentang
Sedar atau tidak, ramai orang gemar menyimpan kentang di dalam peti sejuk supaya lebih segar dan tahan lama. Itu adalah tindakan yang SALAH! Jika disimpan lama di dalam peti sejuk, pati yang terdapat pada kentang akan pecah seterusnya menghasilkan tekstur yang berpasir dan menimbulkan rasa tanah yang kuat apabila dimasak.
Bahkan, kentang mentah juga mudah diserang bakteria, tumbuh tunas dan membusuk jika disejukkan terlalu lama. Bagi mengatasinya, apakata anda simpan kentang tersebut di dalam bekas yang kering di tempat terbuka atau bersuhu bilik.
3. Madu
Tidak dinafikan, madu memiliki 1001 khasiat yang bermanfaat kepada manusia terutamanya dalam aspek kesihatan dan kecantikan diri. Walaubagaimanapun, madu akan cepat rosak dan kurang berkhasiat jika tidak disimpan dengan seelok-seeloknya terutamanya jika diletak di dalam peti sejuk.
Madu akan bertukar warna menjadi jernih sekiranya disimpan di peti sejuk terlalu lama. Ingat, selagi botolnya ditutup rapat, madu yang di simpan atas meja atau di dalam almari boleh bertahan lama untuk kegunaan harian.
4. Bawang
Tahukah anda, bawang sama ada bawang putih, bawah merah atau bawang besar lebih baik di simpan di dalam bekas terbuka pada suhu bilik berbanding diletakkan di dalam peti sejuk. Hal ini kerana udara dingin dalam peti sejuk boleh mengakibatkan bawang menjadi busuk, reput dan berkulat.
Sekiranya masih ada sisa bawang yang boleh dipakai, simpankannya di dalam plastik serta letakkan di dalam peti sejuk dan anda perlu gunakannya keesokkan harinya sebelum bawang berkenaan rosak.
5. Tomato
Mungkin ramai orang yang tidak percaya bahawa tomato akan mudah rosak jika disimpan di dalam peti sejuk. Sebenarnya, tiada masalah untuk menyimpannya dengan syarat tidak boleh lebih daripada satu minggu.
Salah satu cara untuk menyimpan tomato adalah dengan letakkannya diluar peti sejuk seperti di dalam bekas kering atau di almari dapur yang terbuka. Apabila tomato sudah matang, anda hendaklah segera memakannya sebelum rosak dan membusuk.
Tags: #Jenis Makanan Yang Sangat Tidak Sesuai Anda Simpan Di Dalam peti sejuk #Jenis Makanan Yang Tak Sesuai Disimpan Di Dalam Peti Ais #Makanan Yang Tak Sepatutnya Disimpan Dalam Peti Sejuk #Makanan Yang Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk #Makanan Yang Tidak Sesuai Diletakkan Dalam Peti Sejuk #Makanan Yang Tidak Sesuai Disimpan Dalam Peti Sejuk #Panduan Untuk Menyimpan Makanan Dengan Selamat #Pemilihan dan Penyimpanan Makanan dalam peti sejuk #Penggunaan Peti Sejuk Yang Betul