5 Kesalahan Ketika Mandi Boleh Membuatkan Kulit Anda Menjadi Kering & Kusam!

Kesalahan Saat Mandi

Mandi bukan sahaja dapat membersihkan diri daripada kekotoran dan bakteria malah memberikan kesegaran kepada tubuh badan kita.

Tanpa disedari, kita sering melakukan kesalahan ketika mandi sehingga berlakunya gejala kulit kering dan kusam.

Masalahnya, apakah kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh kita sewaktu mandi?

Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel ini dibawah! Keep scrolling, guys!

1. Mandi Air Panas Terlalu Lama

Mandi dengan air panas sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila dilakukan selepas balik dari kerja atau aktiviti luar. Malangnya, mandi dengan air panas terlalu lama tidak bagus untuk kulit badan kita.

Air panas boleh menghilangkan minyak semula jadi di kulit badan kita dan menyebabkan berlakunya masalah kulit kering dan kusam. Anda disarankan menggunakan air suam ketika mandi kemudian dibilas dengan air sejuk selepas mandi. Ingat, jangan mandi lebih daripada 20 minit!

2. Guna Sabun Dengan Buih Yang Banyak

Siapa yang tidak suka mandi sambil bermain buih-buih yang dihasilkan oleh sabun. Tahukah anda, sabun yang menghasilkan banyak buih boleh mengikis minyak semula jadi pada kulit kita. Hasilnya, kulit kita tidak menjadi halus dan lembut tetapi semakin kasar, kusam dan kering.

3. Masker Badan Selepas Mandi

Jika melakukan rawatan masker badan selepas mandi, ternyata kulit anda akan menjadi lebih kering dan kasar. Ini disebabkan kita perlu membilas tubuh badan sebanyak dua kali iaitu ketika mandi dan setelah rawatan masker badan. Sebaik-baiknya, anda disarankan melakukan rawatan masker badan terlebih dahulu sebelum mandi.

4. Tidak Gunakan Pelembap Setelah Mandi

Selepas mandi, kadar kelembapan kulit kita berkurangan. Untuk mengatasinya, anda jangan lupa untuk mengaplikasikan pelembap atau losyen di seluruh tubuh badan setelah mandi. Sedikit sebanyak dapat mengembalikan semula kelembapan pada kulit anda.

5. Keringkan Tubuh Dengan Kasar

Sedar atau tidak, kita semua pernah mengeringkan tubuh badan menggunakan tuala dengan cara mengosok kasar tanpa sengaja. Untuk mengelakkan tubuh menjadi kasar, kering dan kusam, seelok-eloknya keringkan badan anda dengan tuala secara perlahan-lahan dan lembut.

azlan-150x150 5 Kesalahan Ketika Mandi Boleh Membuatkan Kulit Anda Menjadi Kering & Kusam!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Kesalahan Dilakukan Anda Ketika Mandi #Kesalahan Ketika Mandi Buat Kulit Jadi Kasar & Kering #Kesalahan mandi yang mungkin sering kamu lakukan #kesalahan saat mandi #Kesalahan-Kesalahan Sederhana yang Sering Dilakukan Saat Mandi #penyebab kulit kusam

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.