5 Kesalahan Ini Sering Anda Lakukan Ketika Berus Gigi!

Kesalahan Memberus Gigi

Gigi merupakan salah satu aset penting pada tubuh badan manusia. Malah, memiliki gigi yang putih, bersih dan sihat adalah impian kita semua.

Oleh itu, amalan menggosok gigi dengan berus gigi secara rutin bukan sahaja dapat membersihkan gigi bahkan mengelakkan gigi anda terkena daripada sebarang jangkitan bakteria.

Persoalannya, masih terdapat sesetengah daripada masyarakat kita sering melakukan kesalahan yang sama ketika memberus gigi masing-masing.

Jika tidak dijaga dengan baik, anda akan mengalami masalah seperti sakit gigi, gigi berlubang atau gusi berdarah.

Untuk tatapan para pembaca, penulis kongsikan 5 kesalahan yang biasa dilakukan anda ketika memberus gigi. Selamat membaca!

1. Berus Gigi Terlalu Cepat

Tahukah anda, kita semua hendaklah membersihkan atau memberus gigi lebih kurang dalam masa 2 minit tetapi ramai orang tidak mematuhi atau tidak mengetahui peraturan ini. Kebanyakannya, menggosok gigi terlalu cepat atau kurang dari 2 minit. Anda boleh membahagikan gigi kepada 4 bahagian dimana beruskan setiap bahagian selama 30 saat. Dengan cara ini, anda boleh fokus dalam proses membersihkan gigi. Malah, anda boleh memainkan lagu berdurasi 2 minit supaya tahu bila masa yang tepat untuk menyelesaikan proses memberus gigi.

2. Jangan Lupa Bersihkan Lidah

Ketika menggosok gigi, jangan lupa untuk membersihkan lidah dengan berus gigi anda. Percaya atau tidak, lidah kita sebenarnya adalah tempat berkumpulnya bakteria dalam mulut. Dengan memberus lidah, anda dapat mengurangkan masalah nafas berbau sehingga 70%.

3. Memberus Dengan Kasar

Seperti yang anda tahu, kita digalakkan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari secara rutin. Sayangnya, memberus gigi terlalu kasar atau keras boleh mendatangkan kemudaratan seperti merosakkan lapisan gigi atau gusi berdarah. Seelok-eloknya, gosok gigi dengan lembut dan perlahan-lahan agar gigi anda tidak cepat rosak.

4. Guna Dental Floss Selepas Berus Gigi

Rata-rata netizen akan menggunakan dental floss atau flos gigi selepas memberus gigi. Sebenarnya, kita boleh menggunakan floss gigi sebelum menggosok gigi. Menurut Massachusetts Dental Society, kaedah ini menjadikan bakteria mudah diatasi dan dibersihkan. Ianya juga memboleh fluorida dalam ubat gigi dapat tersebar di seluruh kawasan mulut.

5. Tidak Ganti Berus Gigi

Guys, sebaik-baiknya anda semua perlu menggantikan berus gigi lama dengan yang baharu setiap tiga atau empat bulan sekali. Setelah lama menggunakannya, bulu pada berus gigi akan mudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Apabila diserang penyakit, anda disarankan tidak memakai berus gigi sedia ada dan digantikan dengan yang baharu. Ini kerana untuk mengelakkan diri daripada terkena bakteria yang sama apabila sembuh nanti.

azlan-150x150 5 Kesalahan Ini Sering Anda Lakukan Ketika Berus Gigi!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Berus gigi dengan betul #cara memberus gigi dengan betul #Cara Menggosok Gigi Yang Betul #gambar teknik memberus gigi #Kesalahan Biasa Ketika Berus Gigi #Kesalahan Yang Sering Dilakukan Saat Gosok Gigi #memberus gigi #Teknik Berus Gigi #teknik memberus gigi #Tip Cara Memberus Gigi Dengan Betul

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Comments are closed.