Kejayaan seorang selebriti sama ada bergelar pelakon, penyanyi atau pengacara bukan sahaja dilihat menerusi pencapaian dan anugerah semata-mata.
Disebalik kejayaan mereka, sokongan padu dari para peminat setia memain peranan secara langsung sepanjang karier seni selebriti berkenaan.
Dalam mengeratkan lagi hubungan antara artis dan peminat, para penggemar mewujubkan pelbagai kelab peminat tersendiri sehingga mendapat penyertaan yang menggalakkan dari masyarakat diluar sana.
Untuk kali ini, penuliskan senaraikan tentang 5 kelab peminat bintang K-Pop yang perlu anda ketahui. Check it out Kpop Lovers!
1. Big Bang – V.I.P
King Of K-Pop! Itulah gelaran yang diberikan para peminat dan pengiat seni muzik Korea kepada kumpulan Big Bang. Bernaung di bawah label YG Entertainment, boyband ini mempunyai kelab peminat yang luar biasa dikenali sebagai V.I.P. V.I.P atau Very Important Person merupakan kelab peminat yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap karier kumpulan ini sepanjang 11 tahun bergelar anak seni. Paling menarik, Big Bang turut menerbitkan sebuah album berjudul Big Bang Is VIP pada 2006 dimana terdapat dua lagu khas ditujukan buat peminatnya iaitu VIP dan La La La.
2. 2NE1 – Blackjack
Meskipun membawa haluan masing-masing, kumpulan 2NE1 merupakan salah satu girlband yang terbaik dan terpengaruh di dunia muzik K-Pop. Girlband yang pernah di anggotai empat wanita cantik iaitu CL, Minzy, Sandara dan Park Boom ini mempunyai fan club bernama Blackjack. Nama kelab peminat ini diambil sempena permainan daun terup Blackjack. Untuk memenangi permainan tersebut, seseorang pemain mestilah mendapat 21 mata. Itulah signifikannya antara 2NE1 dan Blackjack. Malah, girlband ini turut menggunakan daun terup sebagai prop untuk muzik videonya berjudul Fire.
3. Super Junior – E.L.F
E.L.F atau Ever Lasting Friends adalah nama kelab peminat kepada kumpulan Super Junior yang popular dengan lagu seperti Sorry Sorry, No Other, Mamacita dan Bonamana. Nama ini dipilih bagi menunjukkan para peminat Super Junior di seluruh dunia merupakan sahabat karib atau teman rapat kumpulan yang diuruskan dibawah pengurusan S.M Entertainment ini. Berita baik buat E.L.T, boyband ini bakal membuat comeback penghujung tahun ini setelah berehat dari dunia hiburan selama dua tahun.
4. T-Ara – Queen’s
Lagu bertajuk What’s My Name, Lovey Dovey dan Sexy Love sedikit sebanyak melonjakkan nama girlband T-Ara diseantero dunia setelah muncul pertama kali pada 2009. Nama T-Ara diambil dari perkataan Tiara yang bermaksud mahkota yang dipakai oleh permasuri atau ratu. Manakala, kelab peminatnya pula dikenali sebagai Queen’s iaitu rakyat setia diperintah dan dimiliki sepenuhnya oleh ratu bergelar T-Ara.
5. Red Velvet – ReVeluv
Dianggotai oleh lima ahli kumpulan iaitu Irene, Seulgi, Yeri, Wendy dan Joy, girlband yang dikenali sebagai Red Velvet ini ditubuhkan pada 1 Ogos 2014 dibawah naungan S.M Entertainment. Seperti boyband dan girlband yang lain, kumpulan ini turut mempunyai kelab peminatnya tersendiri. Dikenali sebagai ReVeluv, nama kelab peminat itu dikombinasikan dengan dua nama iaitu Red Velvet dan Love yang membawa erti cinta dan kasih sayang antara penggemar dan girlband popular ini. Nama fanclub ini dipilih selepas 1000 hari kemunculan Red Velvet di arena muzik K-Pop.
Tags: #2NE1 Blackjack #5 Kelab Peminat Bintang K-Pop Paling Popular #Artis K-Pop #Big Bang V.I.P #Dunia Muzik K-Pop #Kelab Peminat K-Pop #kpop fans club #Nama Fan Club K-Pop #Red Velvet ReVeluv #Selebriti K-Pop #Super Junior E.L.F #T-Ara Queen's