Seperti namanya, ubat kumur sangat bermanfaat untuk menghilangkan masalah mulut berbau serta menjaga kesihatan dan kebersihan mulut.
Kandungan method, eucalyptus dan beberapa bahan antiseptik yang lain dalam ubat kumur berperanan sebagai penghapus segala bakteria dan kuman pada mulut kita semua.
Percaya atau tidak, ubat kumur juga mempunyai manfaat atau kegunaan lain yang jarang diketahui ramai.
Berikut, penulis kongsikan 5 kegunaan lain ubat kumur selain mengatasi bau mulut semata-mata. Here they are!
1. Alat Pembersih Skrin Laptop & Monitor Komputer
Bila kali terakhir anda membersihkan skrin laptop atau monitor komputer anda? Tahukah anda, ubat kumur boleh dijadikan alat pembersih buat laptop dan komputer.
Campurkan ubat kumur dengan sedikit air lalu dikacau sehingga sebati. Masukkan campuran ini ke dalam botol semburan. Kemudian, sembur campuran ini pada skrin laptop atau monitor komputer lalu dilap dengan kain bersih yang kering. Setelah siap, laptop atau komputer anda akan kelihatan bersih dan baru.
2. Pengganti Sabun Pembersih
Tandas anda kotor? Sabun pembersih habis? Jangan risau, apakata anda gunakan ubat kumur sebagai alat pengganti sabun pembersih. Antiseptik yang terdapat pada ubat kumur sangat bagus untuk mencuci segala kotoran pada tandas anda.
Anda hanya perlu mencampurkan ubat kumur dan air ke dalam baldi. Lalu mop tandas anda dengan menggunakan campuran ini. Pastinya, tandas anda bersih dan berkilap.
3. Atasi Masalah Kelumumur & Kutu
Bagi yang memiliki masalah rambut berkelumumur atau kutu bersarang disebalik rambut, ubat kumur boleh menjadi solusi terbaik buat anda.
Untuk mengatasinya, anda boleh mencuba ubat kumur yang dicampur dengan secawan air. Sapukan campuran ini disekeliling kulit kepala dan rambut lalu dibiarkan seketika selama 5 hingga 10 sebelum dibilas dengan air sederhana panas sehingga bersih. Untuk mendapatkan hasil yang semaksimal, lakukan rawatan ini 2 atau 3 kali seminggu.
4. Hilangkan Bau Kaki
Selain menghilangkan bau mulut, ubat kumur juga mampu mengatasi masalah kaki berbau.
Semudah ABC, anda cuma perlu merendamkan kaki ke dalam campuran ubat kumur, cuka dan air selama 30 minit. Di samping membasmi kaki berbau, rawatan ini juga menghapuskan bakteria dan menangani masalah kulit mati pada kaki anda.
5. Rawat Jangkitan Akibat Gigitan Serangga
Jangan sekali-kali meremehkan gigitan serangga kerana ianya boleh mendatangkan maut. Serangga yang menggigit biasanya membawa bakteria atau virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada manusia.
Untuk merawatnya, rendamkan kapas ke dalam air kumur seketika lalu diaplikasikan pada bahagian yang digigit serangga.
Tags: #berkumur #Kegunaan Lain Ubat Kumur #kegunaan ubat kumur #Manfaat Disebalik Ubat Kumur #Manfaat Lain Ubat Kumur #ubat kumur