5 Jenis Lelaki Ini Patut Dijauhi Oleh Para Wanita! Hati-Hati Sebelum Terkena!

Hati Hati, 5 Jenis Lelaki Ini Patut Dijauhi Oleh Para Wanita!

Setiap wanita di dunia ini mempunyai citararasa yang berbeza-beza terhadap lelaki idaman masing-masing.

Selain kacak dan matang, mereka juga sukakan lelaki yang tinggi, berkerjaya, berdikari, berakhlak mulia, berkarisma dan banyak lagi.

Namun, disebabkan kebanyakkan wanita menggunakan perasaan berbanding logika apabila mengenali seseorang lelaki menyebabkan mereka mudah patah hati sebelum menjalinkan hubungan dengan putera idaman.

Sebelum terlambat, sebaik-baiknya anda mengenali jenis-jenis lelaki yang perlu dihindari diluar sana.

Jenis Lelaki Patut Dijauhi Oleh Para Wanita

Berikut, penulis senaraikan 5 jenis lelaki yang patut dijauhi oleh para wanita. Selamat membaca!

1. Suami Orang

Kenapa lelaki berstatus suami orang menjadi lelaki pertama yang patut dijauhi anda? Walaupun apa jua yang terjadi antara anda dan si dia, lelaki ini tetap akan kembali kepada isterinya yang selama ini setia disisinya. Malah, anda mesti tidak mahu dilabel sebagai perampas suami orang. Poligami tidak salah tetapi adakah si dia benar-benar ingin mengahwini anda? Please, don’t wasting you time! Ladies, ramai lagi lelaki bujang yang berkualiti di luar sana.

2. Lelaki Pemalas

Meskipun umur sudah 20 tahun ke atas tetapi masih lagi meminta duit daripada ibu bapa. Seelok-eloknya anda hindarilah lelaki seperti ini. Bukan sahaja malas untuk berusaha bahkan menyusahkan orang lain pula. Ingat, lelaki yang ideal adalah lelaki yang kuat berusaha serta bekerja keras untuk dirinya tanpa melupakan isteri dan anak-anaknya pada masa depan.

3. Lelaki Ego

Mempunyai teman lelaki yang memiliki sifat ego sangat mengjengkel dan menyakitkan hati. Oleh itu, elakkan diri anda daripada mendekati lelaki jenis ini. Lazimnya, mereka lebih cenderung untuk memikirkan sesuatu demi kepentingan dan kebaikan kepada dirinya berbanding orang lain. Jadi, bagaimana si dia akan menghargai perbezaan antara kalian berdua. Pastinya ia sangat menyukarkan.

4. Lelaki Penabur Janji

Wanita, anda disarankan untuk berhati-hati dan berwaspada dengan jenis lelaki yang suka menabur janji-janji manis. Kebanyakan janji-janji yang diucapkan adalah sekadar omongan kosong sahaja. Ingat, lelaki sejati tidak akan memberikan janji kosong semata-mata tetapi akan merealisasikan segala janjinya kepada anda.

5. Lelaki Buaya Darat

Lelaki jenis ini paling ditakuti oleh kaum perempuan di luar sana. Definisi buaya darat adalah lelaki yang tidak setia dan suka memperdayakan wanita. Mereka juga suka bertukar-tukar pasangan atau teman wanita. Justeru itu, berhati-hatilah apabila memilih pasangan.

azlan-150x150 5 Jenis Lelaki Ini Patut Dijauhi Oleh Para Wanita! Hati-Hati Sebelum Terkena!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bercinta #jenis lelaki #Jenis Lelaki Yang Patuh Dihindari Kaum Wanita Diluar Sana #Jenis Lelaki Yang Perlu Dijauhi Golongan Wanita #Kenali Pasangan Anda #lelaki #petua mencari pasangan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.