Selain pakaian, makeup, aksesori dan minyak wangi, sepatu atau kasut memainkan peranan yang penting dalam penampilan seseorang wanita.
Pelbagai jenis kasut samada jenama lokal ataupun luar negara terdapat dipasaran hari ini.
Dengan rekaan terkini dan warna yang memikat hati, kasut ini boleh dapatinya dari harga puluhan hingga ribuan ringgit mengikut citarasa wanita.
Berita baik buat wanita diluar sana. Untuk kali ini, penulis kongsikan tentang 5 kasut wajib ada dalam simpanan wanita. Check it out!
1. Flat
Kasut jenis flat merupakan item wajib yang perlu dimiliki oleh semua wanita di dunia ini. Bukan sahaja selesa apabila memakainya, kasut jenis juga sangat sesuai ke majlis format atau semi format. Untuk disuaipadankan dengan pelbagai pakaian dan aksesori seperti dompet ataupun beg tangan, wanita boleh memilih flat shoes yang bernuasa hitam, biru gelap atau coklat gelap.
2. Wedges
Buat wanita yang tidak sukakan high heels, kasut jenis wedges sangat sesuai buat wanita yang mementingkan keselesaan apabila melangkah. Meskipun termasuk dalam kategori kasut bertumit tinggi, wedges memiliki permukaan yang rata dari depan hingga ke belakang. Bukan sahaja boleh digunakan di acara formal dan kasual, kasut jenis ini boleh disuaipadan dengan dress yang pendek atau panjang. Hebat bukan!
3. Sneakers
Jika dahulu, sneakers hanya sesuai dipakai untuk bersukan semata-mata. Namun kini, sneakers hadir dengan pelbagai jenis rekaan yang menarik serta sesuai dipakai untuk majlis kasual dan santai. Selain lelaki, wanita hari ini turut tidak ketinggalan mengenakan kasut ini untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.
4. Sandal
Simple, selesa dan praktikal, itulah gambaran si pemakai apabila pertama kali menyarungkan kasut sandal ini. Di samping flat shoes dan wedges, kasut sandal antara kasut yang paling popular dikalangan wanita masa kini. Kebiasaannya, kasut jenis ini menjadi pilihan wanita untuk ke acara santai atau berjalan-jalan ke pusat membeli-belah.
5. High Heels
Dek kerana menyulitkan pergerakan, kasut bertumit tinggi tidak disukai kebanyakkan wanita di luar sana. Realitinya, sesiapa yang memakai kasut jenis ini kelihatan anggun dan elegan. Bahkan, kaki si pemakai terlihat jinjang apabila menggenakan high high ini. Pilihlah kasut berwarna neutral seperti hitam ataupun berona pastel dalam menyuaipadankan busana formal wanita.
Oleh itu, jangan hairan apabila melihat banyak kasut dalam kereta wanita!
Tags: #High Heels #Kasut Jenis Flat #Kasut Jenis Sandal #Kasut Wajib Ada Dalam Simpanan Wanita #Kasut Wanita #Kasut Wanita Masa Kini #kasut Wedges #Sepatu Wajib Ada Dalam Simpanan Wanita #Sepatu Wanita #Sneakers