5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!

Sebutan Lucu Orang Malaysia

Dari dahulu sehingga kini, pelbagai teknologi telah dicipta untuk kesejahteraan kehidupan manusia.

Komunikasi, elektronik, pengangkutan ataupun penyiaran merupakan sebahagian daripada teknologi yang digunakan saban hari oleh masyarakat dunia.

Kebiasaannya, teknologi-teknologi seperti diatas dihasilkan oleh syarikat-syarikat berskala besar dan berkembang pesat seiring kemajuan sesebuah negara berkenaan.

Meskipun berjaya menembusi pasaran dunia, terdapat beberapa syarikat ‘raksasa’ teknologi hari ini sering kali salah dalam penyebutannya.

Kira-kira, syarikat gergasi mana yang selalu diungkap salah oleh kita semua? Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel dibaca!

1. Samsung

Samsung_Logo-e1501184270430 5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!

Ditubuhkan pada tahun 1969, Samsung merupakan salah satu syarikat elektronik yang terbesar dan pengaruh di dunia. Selain telefon bimbit, Samsung juga mengeluarkan pelbagai barangan seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar mikro. Walaupun jenamanya popular dikalangan masyarakat dunia, masih ada saja yang salah dalam membaca nama Samsung. Cara menyebut jenama dari Korea Selatan ini dengan betul adalah ‘Sam-Song’ bukan Sam-Sung atau Sem-Sung. Ingat!

2. Asus

asus_logo-e1501184248974 5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!

Para pencinta gajet di luar sana, pastinya anda mengenali jenama dari Taiwan ini. Untuk info, jenama ini dinamakan sempena empat hurut terakhir dari perkataan Pengasus iaitu kuda bersayap dimana dalam mitologi Yunani melambangkan kebijaksanaan dan pengetahuan. Kebiasaannya, Asus disebut sebagai Ass-Es. Padahal, cara sebutan yang paling betul adalah ‘Ay-Seus’. Itu adalah cara sebutan yang baharu. Sebelum ini, jenama barangan elektronik ini dibaca Ah-Seus.

3. Xiaomi

xiaomi_logo-150x150 5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!

Xiaomi, pengeluar telefon bimbit terulung dari China dengan harga mampu milik dan dijamin berkualiti tinggi. Ramai yang masih pening untuk menyebut nama jenama yang diasaskan pada 2010 ini. Ada yang sebut Si-Ao-May, ada yang baca Ci-Ao-Mi! Sebenarnya, Xiaomi disebut sebagai ‘Si-Yao-Mi’.

4. Huawei

Huawei-logo-150x150 5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!

Banyak-banyak jenama, nama Huawei pasti dibaca dengan salah. Masih ada diantara kita menyebutnya dengan Wah-Wei, Hyu-Ah-Wei dan Hu-Ah-Wi. Realitinya, jenama berasal dari China ini disebut sebagai ‘Hu-Ah-Wei’. Barulah betul!

5. Adobe

adobe-logo-150x150 5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!

Popular dengan Adobe Photoshop, Illustrator, Audition dan Flash Player, Adobe merupakan syarikat perisian terkenal di dunia. Sebahagian dari kita selalu menyebutnya dengan A-Dob. Sesungguhnya, jenama ini sebenarnya dibaca sebagai ‘A-Do-Bi’ iaitu huruf E di hujung perkataan Adobe tidak dibaca dan digantikan dengan huruf I.

azlan-150x150 5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut #5 sebutan salah #cara baca dengan betul #jenama sering salah sebut #sebutan salah

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.