Setiap produk atau barangan yang dihasilkan di dunia ini mempunyai logonya tersendiri.
Logo ini bertujuan untuk membuatkan sesuatu jenama mudah dikenali pengguna sekaligus memberi perbezaan kepada jenama yang lain.
Menariknya, setiap butiran yang terdapat pada logo mempunyai maksud yang tertentu sesuai dengan matlamat sesebuah syarikat atau pengeluar.
Tidak kecuali lima jenama popular dunia ini. Nak tahu apa maksud tersembunyi yang terdapat pada logo jenama-jenama ini, jom kita semak artikel dibawah!
1. Amazon.com
Untuk pengetahuan para pembaca, Amazon.com merupakan sebuah portal membeli-belah secara atas talian (online) terkenal di dunia sejak tahun 1995. Jika diperhatikan secara langsung, pasti anda akan melihat anak panah berwarna jingga mirip seperti sedang tersenyum. Ini kerana, matlamat para pekerja Amazon.com adalah membuat para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang dijalankan oleh mereka. Di samping itu, anak panah yang menunjukkan arah bermula dari huruf A hingga Z membawa maksud tersendiri dimana perusahaan ini menjual semua produk secara lengkap untuk para pelanggan.
2. Baskins Robbins
Siapa yang tidak suka memakan aiskrim, lebih-lebih lagi jika berjenama Baskins Robbins. Walaupun harga sedikit mahal, namun orang ramai tetap membelinya untuk dinikmati bersama orang tersayang. Berdasarkan logo jenamanya, terdapat angka 31 pada bahagian berwarna merah jambu di sebalik huruf BR. Angka berkenaan menerangkan bahawa Baskins Robbins mempunyai pelbagai perisa aiskrim yang berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara perisa aiskrim Baskins Robbins yang popular adalah Triple Chocolate, Chocolate Chip, Strawberry Cheesecake, Red Velvet dan Jamoca Almond Fudge.
3. Wendy’s
Diasaskan oleh Dave Thomas pada 1969, Wendy’s kini semakin berkembang pesat dan menjadi salah satu rangkaian restoran makanan segera popular di seluruh dunia. Menerusi logo rasminya, Wendy’s menampilkan gambar seorang perempuan berambut merah yang berwajah ceria. Sekilas pandang, terdapat perkataan MOM yang tertera pada kolar baju perempuan tersebut. Penggunaan kata MOM menunjukkan bahawa seluruh makanan yang disediakan di restoran ini mempunyai cita rasa seperti masakan ibu di rumah.
4. Hyundai
Hyundai adalah syarikat automotif terkemuka dari Korea Selatan yang mengeluarkan kereta dan motosikal. Sekali pandang, logo jenama ini cuma sekadar mewakili huruf pertama jenama berkenaan iaitu H sahaja. Realitinya, huruf H ini melambangkan dua manusia iaitu wakil pekerja Hyundai dan pelanggan sedang berjabat tangan antara satu sama lain.
5. BMW
Seperti yang anda ketahui, BMW mempunyai sejarah dalam bidang penerbangan satu masa dahulu. Warna biru dan putih yang terdapat pada logo jenama automotif ini membawa maksud kipas yang berputar pada kapal terbang. Selain itu, ramai yang beranggapan bahawa warna biru dan putih adalah berasal dari warna bendera Bavaria iaitu salah satu daerah yang terdapat di Jerman dimana tempat asal jenama ini.
Tags: #baskin robbins #BMW #hyundai #Logo Jenama Popular Dunia #Maksud Tersembunyi Pada Logo Jenama Popular Dunia #wendy's